
Tuan Guru berpandangan demikian terhadap sistem perjalanan sistem pilihanraya di Malaysia yang penuh dengan penipuan, penyelewengan dan kekotoran.
Maknanya mana-mana wakil rakyat yang menang kerana penipuan/penyelewengan undi pos; pengundi mengundi 2 kali kerana ada 2 nama dalam daftar pemilih; pertolongan pengundi hantu dan sebagainya adalah kemenangan yang haram. Bagaimana dengan duit gaji dan elaun yang mereka perolehi dengan duit haram?
Begitu juga dengan kerajaan dan SPR yang membuat penipuan, penyelewengan dan tidak adil sudah tentu mereka akan menanggung dosa dan kesalahan menipu dan tidak amanah ini.
Itulah intipati dari kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang saya kira wajib direnungi oleh semua pihak baik kerajaan, SPR, pimpinan BN dan wakil rakyat BN.
Mari sama-sama kita mengambil keberkatan Ramadhan untuk memohon keampunan dari Allah dan bersama bertekad untuk memastikan pilihanraya kita bersih dan telus agar kita tidak dimurkai oleh Allah di Hari Akhirat nanti.
Sumber Berita : Harakahdaily
Comments