Penjelasan Tuan Guru Presiden tentang Isu JAIS dan Gereja

PAS bukanlah sebuah parti yang mudah termakan dengan provokasi dan maklumat dari kaki lima. Namun PAS bertindak dengan lebih teliti dan cermat dalam apa juga isu khasnya yang melibatkan kepentingan dan kedaulatan Islam atas dasar inilah PAS akan bertemu dengan JAIS dan pihak Gereja bagi mendengar penjelasan mereka.

Akidah Islam bukan sesuatu yang boleh dipermainkan. Kita mempunyai undang-undang yang mesti dipatuhi. Walaupun ianya tidak 100 % selaras dengan Islam tetapi ianya sedikit sebanyak mampu untuk mempertahakan akidah Islam. PAS memang dari dahulu berusaha untuk mendaulatkan undang-undang Islam, namun ianya terhalang oleh kerana Umno sebagai tunggak kerajaan BN masih terus meminggirkan undang-undang Islam dan tidak mahu menyokong hasrat PAS untuk menegakkan hukum Islam.

Comments