PAS akan bertanding di 2 DUN dalam Kawasan Bukit Katil


Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Ramli Dalip berkata PAS akan tetap bertanding di 2 Dun dalam Parlimen Bukit Katil pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti. 

"Kita akan tetap bertanding di Ayer Molek dan Bukit Baru yang telah kita tandingi sejak sekian lama".

:"Tidak timbul masalah pertukaran atau Dun ini ditandingi oleh parti sahabat kita kerana kita mempunyai asas yang kuat mengapa kita perlu mengekalkan calon kita di sini" kata beliau.

Ramli berkata kita mempunyai jentera yang kuat di kedua-dua Dun malah kita juga mempunyai cawangan di kesemua peti undi.

Menurutnya jentera PAS dikedua-dua Dun itu juga telah mula menggerakkan kerjanya sebaik sahaja Pilihanraya Umum (PRU) ke 12 berakhir.

"Semangat ahli-ahli kita amat tinggi malah mereka sudah membuka Bilik Gerakan sejak tahun lepas di kesemua peti undi-peti undi yang terlibat".

"Gerakerja penambahan ahli, kebajikan, kemasyarakatan, pendaftaran pengundi baru dan sebagainya telah lama kita jalankan".

Ditanya tentang pembahagian kerusi di Parlimen Bukit Katil, Ramli berkata 'status quo' Pilihanraya umum 2004 dan 2008 dilihat masih relevan dengan PKR bertanding di Parlimen, PAS di Dun Ayer Molek dan Bukit Baru manakala DAP di Bachang dan Ayer Keroh.

"PAS seperti biasa akan terus memberikan sokongan padu kepada PKR dan DAP di peringkat Parlimen dan Dun di mana jentera kita bekerja siang malam membantu PKR pada PRU 2004 dan 2006".

"Kita menyalurkan tenaga untuk Polling dan Counting Agent di samping tenaga penerangan dan pasukan kempen di peringkat Parlimen" kata Ramli.

Beliau berkata PAS Kawasan mengharapkan PKR dan DAP sentiasa dapat bekerjasama dengan PAS dalam semua gerakerja dan tidak menunggu hingga saat akhir.

Ramli juga menegaskan bahawa PAS Kawasan akan menurunkan calon 'heavyweight' di kedua-dua Dun tersebut dan kita yakin semua lapisan rakyat dan parti-parti sahabat akan memberikan sokongan penuh kepada calon PAS.

"Calon kita calon yang berpendidikan tinggi, dikenali ramai dan disegani oleh kawan dan lawan"

"Insya Allah calon kita akan diterima oleh semua pengundi tidak kira Cina, Melayu dan India malah kita sudah pun mengatur gerakerja di peringkat grassroot sejak sekian lama". katanya.

Comments