Jangan BAZIRKAN RM317,000 duit rakyat untuk tender plat kereta MCC 1 hingga MCC 15.


Sejumlah RM317,000 duit rakyat bakal hangus hanya untuk perbelanjaan tender nombor plat kereta MCC 1 hingga MCC 15.? 


Bayangkan betapa besarnya pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka apabila dengan sewenang-wenangnya membelanjakan duit rakyat untuk nombor plat kereta.! 

Apa manfaat yang rakyat dapat  dengan nombor plat kereta tersebut.

Maklumat yang diperolehi di Pejabat JPJ Melaka menyatakan bahawa sejumlah RM317,000 tender telah dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. 

Sebagai rakyat kita menggesa kerajaan negeri membatalkan niat untuk menggunakan plat tersebut. Gunakan duit sebanyak itu untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Jangan membazir. Masih ramai rakyat yang menderita dan susah di negeri ini. Masih ramai anak-anak yang ingin menyambung pelajaran tetapi tidak mempunyai wang untuk meneruskan cita-cita murni itu lantaran kesempitan hidup keluarga mereka.

Kita mengharapkan selepas ini jika Kerajaan Negeri menang tender tersebut, mereka mesti mengeluarkan kenyataan rasmi kepada seluruh rakyat negeri Melaka berapa wang rakyat yang telah dibazirkan untuk mendapatkan plat MCC 1 hingga MCC 15 ini. Biar rakyat menilai sendiri apakah tindakan kerajaan ini bermanfaat kepada rakyat atau tidak?

Comments

Anonymous said…
Ali Rustam ni mmg boros.... manusia paling Durjana di negeri melaka yg bersejarah ini.... Sepatutnya sejak dari dulu lagi rakyat negeri Melaka Menghumban manusia bernama Ali Rustam ini jauh dari dunia politik tanah air..... tak pandai langsung berpolitik yang dia tahu hanyalah berkokok...ku..kuu...kuuuu...kuu..kuuu....kuuu....
Anonymous said…
bodoh..kau ni tak paham konsep...duit tu bukannya ke mana..akan masuk ke hasil kerajaan jugak..cuma poketnye shj lain...at the end, akan balik ke rakyat jugak...same la macam kau pindah kan duit dari poket kiri ke poket kanan..kalau nak kritik pun, buatla research dlu...tak payah menunjukkan kebodohan diri sendiri