Semua tahanan di bawa ke Mahkamah Ayer Keroh jam 9.30 pagi

Pimpinan dan ahli PAS yang ditahan di Jasin semalam akan dibawa ke Mahkamah Ayer Keroh untuk tindakan selanjutnya. Sehingga kini saya tidak mendapat maklumat tepat tentang dakwaan yang dikenakan terhadap mereka.

Semalam 17 orang ahli PAS Jasin ditahan di Pejabat PAS Jasin kira-kira jam 2.15 petang sebaik tamat program Seminar PAS Ganti Umno. Selain itu kira-kira 113 baju dan poster Bersih 2.0 dirampas.

Comments

Anonymous said…
Gerammnye akuuuuuuu....