MB Kelantan yang prihatin

Ternyata Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz amat prihatin dengan keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Buktinya beliau mengisytiharkan cuti umum di Kelantan esok sempena perlawanan akhir bolasepak Piala FA antara Kelantan dan Terengganu malam ini.


Tok Guru berkata, keputusan itu dibuat supaya anak Kelantan yang menonton perlawanan akhir Piala FA antara pasukan negeri dan Terengganu di Bukit Jalil malam ini dapat pulang dengan selesa.

"Insya-Allah pada malam ini saya akan turut serta menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Kelantan melawan Terengganu. "Esok diisytiharkan cuti umum di Kelantan sebagai memberikan peluang kepada anak-anak Kelantan pulang dengan selesa," katanya di laman Facebook yang saya petik dari laporan Malaysiakini.

Comments