Ahli PAS sudah kenal siapa Ambiga, tak perlu pencacai kenalkan

Ahli PAS dan rskyat Malaysia sudah kenal siapa Ambiga. Tidak perlulah Utusan atau Mingguan memperkenalkan beliau. Tidak perlulah akhbar pencacai Umno itu meletakkan tajuk utama siapa Ambiga. 

Sokongan ahli PAS dan rakyat Malaysia kepada BERSIH 2.0 bukan kerana Ambiga atau bukan Ambiga. Sokongan mereka adalah kerana benci melihat kemungkaran penipuan sistem pilihanraya yang tidak telus dan menipu rakyat.

Walau siapa pun mengetuai BERSIH 2.0 sokongan kepada himpunan tersebut tetap sama. Tidak kira Mat Sabu atau Tok Guru Nik Aziz atau sesiapa pun sokongan tersebut tetap sama.

Serangan demi serangan media pencacai kepada Ambiga dan BERSIH 2.0 tidak akan memberi kesan malah ianya menambahkan lagi kebencian rakyat kepada akhbar pencacai, SPR dan Umno/BN sendiri. 


Comments