(Nasional) Siapa boleh kepalai GERAK 2?

8 Mei : Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan diftnah dengan tuduhan liwat, seorang negarawan bernama Ustaz Fadzil Mohd Noor tampil menubuhkan GERAK dan berjaya mengumpulkan parti-parti politik dan NGO untuk membela Anwar. Kini Anwar difitnah sekali lagi dan digantung dari Dewan Rakyat. Fitnah kali ini lebih hebat '2 in 1' iaitu LIWAT dan VIDEO LUCAH. Namun kita lihat perjuangan beliau tidak disambut sepertimana perjuangan GERAK yang jelas didokongi oleh semua pihak.

Semua orang tidak dapat menafikan bahawa Barisan Alternatif terlahir dari penubuhan GERAK yang dipimpin Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor. Kini beliau sudah tiada untuk memimpin GERAK sekali lagi. Wajib ada seorang pemimpin yang mampu untuk menggerakkan GERAK kembali.

Anwar dilihat bergerak sendiri bersama-sama dengan PKR tanpa sokongan padu dan hebat dari parti-parti politik dan NGO lain. Mengapa?

Parti-parti politik seperti DAP dan PAS sepatutnya mengambil peluang dari kezaliman dan kedurjanaan Umno/BN dengan turun habis-habisan mengajak NGO dan rakyat sekali lagi menggerakkan GERAK. Kegagalan pihak terbabit untuk mengambil peluang dari fitnah ini tidak dapat kita pastikan sebabnya.

Namun masih ada waktu lagi untuk parti-parti politik dan NGO untuk menggerakkan GERAK 2. Cepat jangan terlambat. Anwar masih terus dizalimi dan diaibkan. Ayuh tubuhkan GERAK 2 untuk kita bergerak ke segenap penjuru dunia khususnya di Malaysia bagi menerangkan kepada rakyat betapa zalim dan bobroknya Umno/BN.

Comments