(Negeri) Pindah Pengundi, DAP cabar Ali Rustam

Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong mencabar Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam supaya membuktikan dakwaan bahawa DAP memindah pengundi ke Parlimen Bukit Katil.

"Kita cabar Ali Rustam supaya buktikan bahawa DAP memindahkan pengundi dari kawasan lain ke kawasan Parlimen Bukit Katil".

"Jika beliau gagal buktikan bermakna beliau menipu rakyat" kata Khoo pada sidang akhbar di pejabatnya di Bukit Beruang semalam.

Ali Rustam dalam kenyataan medianya semalam menyatakan bahawa DAP telah memindahkan pengundi ke Parlimen SPR dan beliau meminta SPR membuat siasatan. Beliau berkata terdapat 25 orang pemilih pada alamat yang sama.

Sementara itu Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab pula berkata kerja-kerja jahat seperti biasanya dilakukan oleh BN di kawasan-kawasan yang mereka rasakan akan kalah.

"Di Selangor, Umno dan BN memunggah pengundi-pengundi dari luar untuk merampas negeri Selangor dari PR, ianya didedahkan secara jelas dengan bukti-bukti yang nyata oleh PAS dan PR negeri Selangor".

"Ali Rustam cuba memfitnah PR di Melaka sedangkan kerja-kerja sedemikian sudah menjadi darah daging Umno dan BN" kata Yusof.

Comments