(Nasional) GST akan diperkenalkan selepas BN menang PRU13?

Perdana Menteri Najib Razak berkata cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan diperkenalkan apabila tiba masanya selepas rakyat faham. Ini bermakna kerajaan BN memang sudah lama memasang niat untuk menguatkuasakan GST ini walaupun mendapat tentangan rakyat. Selepas sekian lama GST ini senyap sunyi, kini Najib membayangkan ianya akan tetapi dikenakan kepada rakyat apabila masanya sesuai.

Laporan itu menyebut bahawa apabilla GST ini diperkenalkan kemungkinan besar cukai pendapatan akan dikurangkan. Pandai betul Najib hendak memujuk dan memperdayakan rakyat. GST ini terkena kepada semua orang tidak kira yang miskin dan kaya. Bila GST diperkenalkan harga barangan dan perkhidmatan akan meningkat dan ianya tidak mengira samada orang kaya atau miskin semua orang akan terasa impaknya. Jika cukai pendapatan dikurangkan orang miskin tidak akan terasa kerana mereka tidak layak untuk membayar cukai pendapatan. Maka golongan miskin ini akan teruk mengalami kesempitan hidup lantaran kenaikan harga barang akibat GST. Oleh itu mereka yang paling terasa dengan GST ini ialah orang miskin. Bagi yang berpendapatan sederhana pula,  pemotongan cukai pendapatan pun tidak akan dapat menampung kenaikan harga barang akibat GST. Perbelanjaan harian akan meningkat kerana semua barangan dan caj perkhidmatan akan meningkat.

Oleh itu kita mengharapkan PR dapat memberikan penerangan kepada rakyat supaya tidak mudah tertipu oleh penipu besar seperti kerajaan BN ini. BN mesti dihalang terus memerintah Malaysia selepas PRU 13. Setiap rakyat mesti menolak calon BN pada PRU 13 nanti.

Jawatankuasa menentang GST yang ditubuhkan oleh NGO dan parti politik mesti digerakkan semula. Kita yakin jika BN menang PRU 13 nanti GST dan segala macam dasar yang menekan rakyat akan diperkenalkan bagi menampung perbelanjaan yang digunakan semasa PRU 13.

Comments