SIASAT SECARA TERPERINCI KES KHUTBAH DI PULAU PINANG

Pihak berkuasa mesti menyiasat secara terperinci adalah dakwaan yang menyatakan nama Yang Dipertua Agong tidak disebut sebaliknya nama Ketua Menteri sahaja yang disebutkan di dalam khutbah beberapa buah masjid di Pulau Pinang.

Jika perkara ini benar, saya mencadangkan supaya pihak berkuasa menyiasat pula siapa sebenarnya yang mengarahkan perkara ini dilakukan. Ini kerana pihak Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) tidak pernah mengarahkan Imam melakukannya.

Adakah perkara atas kehendak dan inisiatif Khatib-Khatib tersebut atau adakah Khatib itu diarahkan berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu.

Kita bimbang kejadian telah dirancang sedemikian rupa untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri dan pimpinan PR negeri Pulau Pinang. Jika benar perkara berlaku sedemikian (agenda tersembunyi) pihak tertentu maka pihak terbabit mesti diseret ke muka pengadilan bersama-sama Imam yang menjadi Pak Sanggup tersebut.

Perkara menimbulkan syak kerana Kerajaan negeri dan MAIPP telah menafikan mereka terlibat dalam hal ini. Jadi siapa sebenarnya yang pandai memandai melakukannya (jika benar), sudah tentu ada komplot untuk menangguk di air keruh.

Comments