Saya percaya Perkasa yang diasaskan Ibrahim Ali menjadi juara perkauman sempit yang sekarang ini tidak boleh dimainkan oleh Umno kerana ianya berlawanan dengan Semangat 1Malaysia yang diasaskan oleh Presiden Umno, Najib Razak.
Jadi mahu tidak mahu Umno tidak boleh menunjukkan belang mereka sebagai juara perkauman Melayu sempit. Jadi tanpa disedari atau sememangnya disedari, Perkasa memainkan peranan itu untuk memastikan Umno terus mendapat sokongan orang Melayu. Jika tidak Umno bimbang kehilangan sokongan pengundi Melayu kerana semangat 1Malaysia seolah-olah menyamaratakan semua kaum dan penganut agama.
Jadi Umno berfikir slogan 1Malaysia ini mungkin memberi kesan kepada Umno. Jadi Umno mesti mencari kuda tunggangan atau 'wok yik' untuk memainkan peranan mengekal dan menambahkan lagi sokongan orang Melayu kepada Umno.

Akhirnya Perkasa dilihat berjaya memainkan peranan ini. Malah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir juga seolah-olah merestui semangat perkauman sempit Perkasa apabila turut sama merasmikan Perkasa.
Malangnya Mahathir dan Perkasa tidak sedar atau sengaja mahu mengguriskan hati rakyat Bukan Melayu. Akibatnya masyarakat Tionghua terutamanya semangat jijik dengan Umno dan Perkasa. Malah parti Gerakan rakan Umno juga marah kepada Umno dan Perkasa.
Ketua Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nam menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Dalam kenyataannya hari ini Teng juga membidas negarawan itu yang menyampaikan ucapan yang didakwanya bersifat perkauman dan ‘menjijikan’.
Teng berkata Mahathir juga menggunakan peluang berucapa di perhimpunan NGO pelampau kanan Melayu untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konsep 1Malaysia yang diperjuangkannya.

Comments