MEB : RAKYAT DIDAHULUKAN HANYA RETORIK

Kerajaan BN kononnya mengamalkan slogan Pencapaian diutamakan, Rakyat didahulukan. Tetapi semalam kerajaan BN sendiri membuka pekong mereka sendiri apabila bertindak membelakangkan rakyat dalam menggariskan sesuatu dasar kerajaan.
Buktinya kerajaan tidak pernah membentangkan dasar MEB ini diparlimen atau dibincangkan di parlimen sebelum ianya dilancarkan. Sepatutnya semua Ahli Parlimen yang mewakili rakyat di seluruh negara diajak berbincang terlebih dahulu sebelum MEB digubal dan dilancarkan.
Terbukti bahawa rakyat dibelakangkan dan dipinggirkan oleh kerajaan BN kerana MEB yang tersangat penting tidak langsung mengambil kira pandangan dan idea rakyat melalui wakil-wakil rakyat.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang berpendirian bahawa tindakan tersebut (MEB tidak dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu) bercanggah dengan slogan "rakyat didahulukan" yang dicanang oleh kerajaan.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berkata kerajaan sepatutnya membentangkan dasar tersebut di parlimen terlebih dahulu sebelum diumumkan.

Tambahnya, kerajaan juga perlu mendapatkan pandangan wakil rakyat melalui penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk meneliti dasar berkenaan, sebelum ianya diumumkan kepada rakyat.

"Ini menunjukkan kerajaan tidak serius dengan kedudukan parlimen dan pengasingan kuasa," katanya.

Comments