Setelah pelbagai bangunan runtuh di Terengganu hari ini negeri tersebut menambahkan satu koleksinya dengan runtuhnya bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kuala Terengganu petang ini.
Seorang buruh terbunuh manakala empat rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan tersebut runtuh.
Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur UMT setinggi empat tingkat itu mula dibina pada 15 Disember 2008 dan dijangka siap 18 Oktober tahun ini.
Memang tepatlah negeri Terengganu diberi jolokan Terengganu Darul Runtuh.
Saya menggesa satu siasatan menyeluruh dibuat serta merta dan jika sekiranya terdapat unsur penyelewengan dan rasuah sila bawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Jangan ulangi sebagaimana kejadian runtuh sebelum ini di mana hasil siasatan dilihat tidak telus dan tiada tindakan konkrit diambil ke atas orang yang bertanggungjawab.
Comments