ISU BESAR DITUTUP DENGAN ISU SERANG GEREJA

Memang sudah menjadi amalan dunia bahawa salah satu cara untuk menutup sesuatu isu besar dan rumit ialah dengan mencipta isu lain yang sensitif dan sensasi.
Semua orang tahu antara isu yang hangat diperkatakan sebelum ini ialah isu kehilangan enjin jet, isu PKFZ, isu kenaikan gula, isu MCA dan lain-lain. Kini isu-isu ini sudah hilang kerana ada isu yang lebih sensitif dan sensasi iaitu isu serangan ke atas gereka kristian.
Apakah isu ini sengaja direka dan ditempa oleh pihak-pihak tertentu untuk menutup isu lain yang sememangnya membuktikan Umno/BN lemah dan lembap dalam mentadbir negara.
Mahu tidak mahu kita terpaksa mengaku bahawa inilah satu antara seribu cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah iaitu menutup isu dengan isu lain yang direkacipta.
Samada isu serangan gereja dan kalimah Allah ini direkacipta untuk kepentingan golongan tertentu sama-samalah kita fikirkan.
Rakyat sudah matang dan kenal siapa Umno/BN. Mereka sudah memerintah lebih 50 tahun .......tepuk dada tanya Iman, tepuk dada tanya akal fikiran kita jangan tanya nafsu .....

Comments