BANTULAH INSAN TIDAK BERNASIB BAIK INI!!!!!!!!!!

"Mak adik nak pergi rumah ayah" itu antara kata-kata anak bongsu Puan Suhaiza Abdul Halil saban hari.
Anak kecil berumur 5 tahun itu sering mengajak ibunya menziarahi pusara arwah ayahnya. Pusara ayahnya dipanggil rumah.

Mendengar cerita sahabat saya tentang perkara itu sedih dan berlinangan air mata saya mengenang nasib Puan Suhaiza, 42 seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 anak yang tinggal di Taman Ayer Keroh Height, Melaka.

Sudah jatuh di timpa tangga itulah antara ungkapan yang boleh kita umpamakan kepada keluarga beliau. Suaminya meninggal dunia kira-kira 6 bulan lalu kerana sakit jatung. Beliau pula mengidap sakit pernafasan dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan 24 jam. Beliau tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan kerana masalah tersebut. Anaknya yang berumur 11, 9 dan 5 tahun semuanya bersekolah.
Puan Suhaiza pernah dimasukkan ke wad ICU selama beberapa hari, ketika itu Doktor menyatakan peluang beliau untuk hidup hanyalah 1 %. Namun kuasa Allah beliau sembuh tetapi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan selama 24 jam. Selepas beliau sembuh sedikit suaminya pula dipanggil Allah S.W.T mengadapNya buat selama-lamanya.

Perbelanjaan harian, belanja sekolah, bil elektrik & air, tambang bas sekolah dan lain-lain semuanya terpaksa dicari. Hendak bekerja tidak mampu. Ke mana lagi tempat beliau mengadu. Ibunya pula terpaksa menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu kerana sakit buah pinggang.
Alat pernafasan beliau itu pula terpaksa di'servis' dengan perbelanjaan RM400 sekali 'servis'.

Saya sempat melawat beliau malam tadi bersama-sama dengan ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong, ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong dan beberapa orang pimpinan PAS Cawangan Ayer Keroh Height.

Menurut Puan Suhaiza setakat ini beliau telah mendapat bantuan dari beberapa pihak antaranya JAIM, PAS dan badan-badan lain tetapi ianya tidak mencukupi. 2 hari lepas pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga ada membuat tinjauan ke rumah setelah dilaporkan oleh ADUN Ayer Keroh beberapa hari lepas. Sebelum ini laporan yang dibuat kepada JKKK tidak mendapat maklum balas yang baik.

Seperkara Puan Suhaiza juga amat mengharapkan manfaat dari skim Takaful arwah suaminya akan dilunaskan oleh pihak Takaful Ikhlas cepat mungkin. Ini kerana sehingga kini pihak Takaful menjelaskan bahawa manfaat itu tidak dapat ditunaikan kerana masalah teknikal di mana arwah suami gagal melaporkan kepada Takaful Ikhlas tentang penyakitnya di dalam borang permohonan menyertai skim tersebut.

Namun alasan itu tidak boleh diterima kerana polisi beliau telah diluluskan dan wang caruman telah dibuat selama lebih setahun. Mengapa baru sekarang selepas suaminya meninggal baru syarikat tersebut menyatakan arwah dan keluarganya tidak berhak mendapat manfaatnya. Bukankah Doktor yang memeriksa arwah sudah mengesahkan arwah sihat dan layak menyertai skim takaful tersebut.

Sementara AJK PAS Kawasan Bukit Katil, Che Saidi Ismail berkata pihaknya akan sedaya upaya menuntut hak Puan Suhaiza bagi memastikan Takaful Ikhlas membayar wang manfaat itu bagi meringankan beban Puan Suhaiza sekeluarga.

Kepada sesiapa yang ingin membuat sebarang derma dan pertanyaan sila hubungi Che Saidi Ismail di talian 0123348412. Saya akan menyiarkan nombor akaun Puan Suhaiza dalam blog ini dalam masa terdekat.

Comments