Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Dato' Seri Najib Tun Razak meletakan Jawatan serta merta berhubung kes kehilangan enjin pesawat pemintas F5E. PAS memandang serius kes yang berlaku pada tahun 2007 iaitu ketika Najib masih lagi Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri.Selaku Menteri beliau bertanggungjawab penuh diatas kecuaian terbesar yang berlaku dalam sejarah pentadbiran Kementerian Pertahanan.
Sewajarnya beliau meletakan jawatan pada tahun 2008 iaitu ketika kehilangan enjin berkenaan disedari hilang bagi memberikan laluan kepada siasatan menyeluruh kes ini.
Beliau jelas cuba merahsiakan perkara ini dari rakyat bagi memastikan laluan mudah agar dirinya dilantik sebagai Perdana Menteri mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.Kelicikan politik beliau dalam menyembunyikan kes ini jelas memperlihatkan agenda beliau itu. Kes kehilangan ini tidak boleh dianggap remeh kerana ia adalah simbolik disebalik kegagalan sistem pertahanan negara dibawah pentadbiran Najib.
Di bawah pentadbiran Najib, kita sudah lali mendengar kisah ruang udara negara diceroboh, helikopter nuri terhempas, kapal terbang terhempas, dan juga kisah-kisah perbelanjaan Kementerian Pertahanan yang dihalang untuk di Audit oleh Jabatan Audit Negara.
Keselamatan negara merupakan tanggungjawab terpenting sesebuah kerajaan. Bagaimana rakyat dapat hidup dengan aman bila mana sistem keselamatan negara dilihat terlalu rapuh ekoran wujudnya pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan masa depan politik peribadinya.
Zaman Najib menjadi menteri pertahanan juga menyaksikan munculnya projek Angkawan Negara yang berakhir dengan kisah Pelancong Angkasa. Program Latihan Khidmat Negara juga dicipta dengan begitu banyak tragedi sedangkan manfaat yang diterima kurang dari 10 peratus dan masalah sosial generasi muda hari ini kian membarah. Zaman beliau begitu banyak kecuaian, kerugian, penipuan dan pembaziran.
Oleh itu PAS tegas, agar Najib meletakan jawatan. Jika 2 unit enjin pesawat yang besar boleh hilang dari kawalan pasukan keselamatan negara, esok lusa apa pula yang hilang jika Najib masih kekal menjadi Perdana Menteri
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Comments
Saya berpendapat bahawa sebenar nya yang perlu meletakkan jawatan ia lah Panglima ANgkatan Tentera yang mana sebelum ini ada lah Panglima Tentera Udara dan beberapa orang lagi yang cuai dalam perkara ini.
Terlalu banyak kelemahan sekira nya di dedahkan akan hanya memalukan dan melemahkan negara sekira nya tiada cadangan memperbaiki nya. Ini lah akaibatnya bila "mediocre" di lantik mengetuai jabatan kerajaan, hanya kaki bodek, mereka yang pandai berpura pura, hipokrit dan konon nya kroni di lantik kejawatan tertentu tetapi tidak mampu melaksanakan amanah sebaik mungkin. Di harap ini menjadi satu pengajaran bagi bukan sahaja BN/UMNO malahan sekiranya PAKATAN memerintah negara ini.
Perubahan diperlukan. Tetapi bagaimana ya?