PRK MANEK URAI : PENYOKONG UMNO AKUI BN SILAP PILIH CALON

Ramai penyokong dan pengundi BN mengakui parti mereka tersilap memilih calon apabila Tuan Aziz diamanahkan sebagai calon BN di Manek Urai.
Ramai berpendapat jika Che Jalal atau Kak Ani dipilih tentangan BN kepada PAS akan lebih hebat kerana kedua-duanya lebih rapat dengan rakyat. Namun pemilihan Tuan Aziz menyebabkan kecenderungan rakyat untuk memilih calon PAS, Abe Uji lebih hebat. Ini kerana Abe Uji lebih dikenali dan rapat dengan rakyat.
Salah seorang penyokong BN berkata Tuan Aziz bukanlah calon yang mesra rakyat malah ramai pengundi tidak mengenali beliau. Lebih malang lagi beliau sebelum ini jarang sekali turun padang.
Sementara itu ahli dan penyokong PAS mengakui pemilihan Tuan Aziz sebagai calon BN memudahkan lagi kerja mereka untuk menarik sokongan pengundi atas pagar supaya mengundi PAS. Bagi mereka jika Che Jalal dan Kak Ani dipilih tugas untuk menarik pengundi atas pagar lebih rumit dan sukar kerana kedua-duanya dikenali sebagai pemimpin dari kalangan akar umbi.

Comments