PEMUDA UMNO GANAS SERANG PEMIMPIN DAP DAN PAS

Terbukti bahawa Pemuda Umno memang biadap, tidak beradap dan bongkak. Mereka langsung tidak menghormati orang lain termasuk Majlis Kerajaan Tempatan, Polis dan sesiapa sahaja.

Sikap kurang ajar Pemuda Umno yang mengepung OKU seperti Karpal Singh dalam Bangunan Parlimen seolah-olah menjadi sifat yang wajib ada pada Pemuda Umno.

Semalam perangai kurang ajar ini sekali ditonjolkan oleh Pemuda Umno apabila bertindak menyerang pimpinan DAP dan PAS yang menjalankan kempen pendaftaran pemilih di Pasar Malam Taman Melaka Baru, Batu Berendam.

Seorang pemuda yang menyatakan namanya sebagai Mohd Jailani dan mengaku sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Parlimen Bukit Katil dengan bongkak dan sombong memaki hamun pemimpin DAP dan PAS yang membuka kaunter pendaftaran pemilih baru di kawasan Pasar Malam tersebut.

Antara kata-kata yang keluar dari mulutnya adalah seperti bangsat, YB bodoh, YB tak tau undang-undang dan sebagainya.

Bukan itu sahaja beliau turut menghina pekerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dengan gelaran seperti lembap, kerja terhegeh-hegeh dan lain-lain. Polis juga tidak ketinggalan dicaci oleh beliau.

Ternyata mereka cuba menunjukkan kuasa mereka dengan mengambil tindakan sendiri membelakangkan undang-undang. Sedangkan terbukti wakil Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Polis yang bertugas di situ tidak mengambil apa-apa tindakan kerana tindakan DAP dan PAS menjalankan kempen daftar pemilih tidak menyalahi undang-undang.

Pemuda Umnolah yang membelakangkan undang-undang sehingga sanggup membuat keputusan sendiri menyerang kami.

Memang tindakan Pemuda Umno itu kebudak-budakan dan tidak matang. Mereka sememangnya cuba melakukan provokasi supaya ahli-ahli DAP dan PAS bertindak di luar batasan undang-undang.

Selepas Jailani mencaci, menghina dan membuat provokasi beliau mengetuai sekumpulan pemuda Umno bertindak menendang meja yang digunakan untuk pendaftaran pengundi yang mengakibatkan meja itu pecah. Jailani dan sekumpulan Pemuda Umno berjumlah kira-kira 40 orang bertindak ganas merosakkan barangan yang digunakan untuk perdaftaran tersebut seperti bunting, meja dan lain-lain.

Selepas itu berlaku pergelutan kerana Pemuda bertindak liar cuba menyerang ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong menyokong Pakatan Rakyat. Akibatnya YB Khoo telah luka dikedua-dua belah lututnya.

Pergelutan dapat dileraikan dalam masa yang pantas, di mana beberapa pegawai Polis berpakaian preman bertindak mengheret seorang pemuda Umno yang terlibat dengan pergaduhan tersebut dan memberi amaran supaya tidak ada pergaduhan berlaku.

Turut sama berada di tempat kejadian pada masa itu ialah ADUN Kesidang (Ketua Pembangkang DUN Melaka), YB Goh Leong San; ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong; Ketua Penerangan Dewan Pemuda Negeri Melaka, Abu Iskandar; Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil Puhat Bedol, AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Kerol Salleh, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Jauhar Dawi dan semua pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil dan lain-lain.

Saya sendiri turut bersama-sama menyaksikan peristiwa yang memalukan ini.

Selepas kejadian tersebut pemimpin PAS dan DAP telah membuat laporan Polis di Ibupejabat Polis Daerah di Banda Kaba. Sebanyak 8 laporan dibuat oleh YB Goh Leong San, YB Khoo Poay Tiong, YB Lim Jak Wong, YB Tey Kok Kiew, Puhat Bedol, Jauhar Dawi, Kerol Salleh dan Nazri Ariffin.

Mereka melaporkan bahawa Pemuda Umno yang diketuai oleh Jailani telah membuat provokasi dan menyerang mereka di Tapak Pasar Melaka Baru jam 8.30 malam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Puhat Bedol dalam kenyataannya pagi ini mendakwa tindakan pemuda Umno membuktikan sebenarnya siapa yang ganas dan tidak menghormati undang-undang.

"Kami di pihak PR tidak menjawab provokasi, cacian dan penghinaan kepada kami, kami hanya mendiamkan diri namun mereka terus mencaci dan akhirnya menyerang kami".

"Kami tetap mempertahankan barang-barang kami seperti meja, kerusi, boranh-borang, banner dan lain-lain. Kami langsung tidak membalas serangan mereka, namun mereka tetap bertindak ganas sehingga Polis menyuraikan mereka" kata Puhat.

Menurut Puhat rakyat dapat melihat siapa yang rasional, ganas dan bertindak mengikut hawa nafsu sendiri.

Keterangan Gambar : Gambar paling bawah menunjukkan pemuda Umno berkaca mata berbaju hitam dan berseluar hitam itulah yang mengaku sebagai Jailani (Gambar ihsan Blogger Palestinhood).

Cerita lanjut sila klik disini ( ada klip video) dan disini



Comments

Naruto Sensei said…
Apa khabar Babi di Melaka ye..

Senyap je cerita lawat sini...

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/07/apa-khabar-babi-di-melaka.html

Naruto alu2 kan..
LegendZ said…
lagi kisah kejahatan UMNO di blog ana..http://wwwaizatlegendz.blogspot.com/
ustaz kampung said…
Seorang berkata kepada Rasulullah SAW."Berilah nasihat kepada aku" Jawab Nabi SAW."jangan marah" Sabda baginda lagi,"Orang yang gagah itu bukanlah kerana kekuatan bergusti, tetapi orang yang gagah itu mampu menguasai diri ketika marah"
Anonymous said…
salam..bukan rakyat malaysia tak tahu perangai umno ni,yang saya pelik pemuda PAS ni beria ria nak berwacana dgn pemuda umno kenapa?..tak sabar2 ke nak popularkan diri,bawak2lak bersabar,kita sibuk nak berwacana,keluarga dan kawan lintang pukang,takut2 nanti tinggal sorang2..wahai pemuda PAS kemas dulu dalam rumah sendiri..baru berkira nak kemas rumah org.."UPDATE KAN LAWAN WEB PEMUDA"..
aljunuban said…
Pas n DAP ni ibarat :KATA DULANG PAKU SERPIH, KATA ORANG DIA YANG LEBIH. Sudah la sofi woiii... jangan ko nak buat fitnah, bidaah dan mengotorkan pemikiran rakyat. org bukan tak kenal ko sape. pengamal rasuah tatkala pemilihan pas tempoh hari. pastu, tuduh la org macam2... hehehe.. apa nak dikatakan, kalau da dasar pengikut parti pelampau, sesat dan gila jawatan...
Anonymous said…
Orang UMNO tak kira pemuda ke peTua ke..sememangnya HAPRAK.
Perangai dah sah mcm samseng, sekali kena penampar baru tau.
Hipokrit, rasuah nombor satu.
Memalukan bangsa dan negara.
Kita nak tengok apa tindakan polis pada laporan kes2 mereka yg berperangai samseng tu..ada keadilan ke tak.
Rakyat sentiasa memerhati.
Insya Allah, yang benar akan menang jua.