PILIHANRAYA UMUM MENGEJUT BAKAL DIADAKAN?

Umno/BN sedang mengatur strategi licik dan sulit untuk mengembalikan kuasa mutlak mereka di negara kita. Setelah mereka dikejutkan dengan kejayaan PR menafikan majoriti 2/3 di Parlimen, BN memerah otak untuk menyerang dan melemahkan lawannya PR.
Tidak semena-mena BN mendapat 'tongkat' baru iaitu mempopularkan istilah kerajaan perpaduan dengan menyatakan bahawa PAS mahu bergabung atau bekerjasama dengan Umno untuk menggagaskan kerajaan perpaduan.
Lebih malang lagi ada dakwaan menyatakan bahawa pimpinan kita sendiri seolah-olah seronok dan terliur untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno. Malah tiada penafian secara rasmi dan tegas dibuat oleh pimpinan samada benar atau tidak kerajaan perpaduan hendak dibentuk.

Akhirnya isu kerajaan perpaduan ini menjadi barah kepada PAS dan PR antara simptom yang kita dapat lihat ialah :-
  • Rakan-rakan dalam PR mula sangsi kepada PAS
  • Rakyat Malaysia yang bukan Islam mula 'confuse' dan hilang keyakinan kepada PAS
  • Ahli-ahli PAS dan penyokong PAS terkeliru, pening dan tertanya-tanya benarkah PAS mahu membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Simptom di atas akan merebak jika tidak dibendung dengan cepat. Jika ianya merebak dan membarah, saya yakin BN akan mengambil kesempatan dan akan membubarkan parlimen kerana mereka yakin rakyat sudah sangsi kepada PAS/PR dan mereka akan menang dengan mudah kerana PR sendiri berada dalam kemelut dalaman yang hebat.

Untuk itu saya sekali lagi menyeru pimpinan atasan PAS membuat kenyataan segera berhubung ISU KERAJAAN PERPADUAN demi untuk memadamkan api dalam sekam yang kelihatan mula berkelip-kelip dalam diam dan tersembunyi.

Api ini jika tidak dipadam segera kemungkinan akan membakar sekam tersebut malah akan membakar bangsal dan rumahnya sekali. Pada masa itu siapa yang hendak dipersalahkan?

Dengan rasa rendah diri dan dengan hati yang tulus ikhlas saya mohon pimpinan supaya membuat tindakan cepat dan tangkas untuk mematikan isu ini dengan membuat kenyataan tegas bahawa PAS TIDAK PERNAH DAN TIADA CITA-CITA UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO.

Jika ini tidak dilakukan saya yakin isu ini akan semakin merebah dan membarah.

Comments

Anonymous said…
Kau tanyalah presiden sendiri - dia mahu oi. Hujah Harun taib jelas mau kawan dengan Umno. semua staf akhbar Siasah sokong Unity Govt le. Jangan tak tahu bib...
Anonymous said…
Jom kita kalahkan PAS di Manik Urai dulu.

Lepas tu kita ajar PAS .
Orang2 Hindraf boleh ajar ketua mereka,kita pun mesti boleh.Malaysia Boleh.

Kita buat keranda dulu,kemudian gali kubur.PR13 kita tanam .
PAPA GOMO said…
SALAM..
APA KAU MEREPEK NI MAT???
UDAHLAH FITNAH CERITA KALUT TU.

BAWAK-BAWAK LAH BERTAUBAT.

PAS KELUAR PASAL TAKNAK KENA BALA DARI KESAN KES LIWAT ANWAR.

TUNGGU 1 JULAI NI.
Anonymous said…
umno perasan jer..hahaha..
Anonymous said…
pas join jer bn tu aku masuk pkr uhhuh bunag karen jrer nak sokong geng tu aku tgk pkr lebih konsisten nak tubuh kerajaan sendiri adakah hadi dah kemaruk nak jadi Pm ermmm insaflah kekdang Allah nak uji jer kedudukan yang ade ingat turr
Anonymous said…
pas diambang kekuatan sekarang akibat kelemahan pimpinan pak lah selama 7 tahun. parti kita harus menggunakan kelebihan ketika ini untuk bersama dengn umno bagi memerintah negara.pas yakin dapat membimbing umno. pas tidak mungkin dapat membimbing dap atau pkr sebagaimana sekarang(asik jadi orang tengah-menjernihkan keadaan) tiada parti lain untuk orang melayu dan islam kecuali pas dan umno. berpadulah untuk kesejateraan ummah. -orang pas hakiki
Unknown said…
Diminta Ust.Nasa buat kenyataan akbar...tentang isu Unity Govt.. jgn lagi ulang cerita dulu2.. nyatakan pendirian anda tentang isu ini pada masa ini..buktikan anda memang layak jadi timbalan PAS
..buktikan anda ikhlas memimpin PAS
..buktikan anda jujur dan transpren
..buktikan anda tidak gila pada semua jawatan yang diamanah..
...buktikan anda pegang jawatan atas tanggungjawab..kerana perjuangan ISLAM.
Anonymous said…
ahmad saudara kene fikir bila mengeluar pandangan. aspek persaudaraan islam menjadikan perkara utama berbanding agenda/ideologi politik parti. parti melayu tulen pas atau umno.kalau saudara terima pas berpadu dengan kafir dap kenapa tidak saudara seislam dalam umno. jangan tertipu oleh perosak bangsa. jangan cari alasan untuk memecah belah bangsa kita. cari titik persamaan antara kita dan umno iaitu akidah dan bangsa.
Anonymous said…
aku tak mau undi pas lagi kerana PAS adalah parti munafiq kalu PAS bergabung dengan UMNO dalam unity government!!!!
Anonymous said…
simple je..UMNO bercakap isu Islam bila dah tersepit...Melayu x menjadi isu di sini...selama ni pun, melayu kena sidelined...hanya beberapa kerat pemimpin UMNO je yg sapu semua...

sudah2 la tu UMNO nak jadi pembela Islam...Munafik mcm ni harus kita benamkan pada PRU ke 13 nnt...
serupasekala said…
KITA KENA INGAT KITA ORE KELATE KITA BOLEH TUKAR WAKIL RAKYAT KALI NIH .

ORE MANIK URA TUNGGU KAWE KAWE BALIK NGUNDI TAHUN NIH . KITA TUKAR KALA PULAK . DOK MAIN HIJA SOKMO. SEBAB TU LA HAK ORE BARU NAIK NAPAK META SANGAT.

TAK SIR DOH PAKA BUAH TOK GURU KITA.

KITA AJAR DIA SEKALI NIH.

KITA KENA INGAT PUAK KITA BOLEH PAKATTUKAR WAKIL RAKYAT NIH.
DAN PUAK KITA PERNAH TUKAR KERAJAAN PUN.

KENA BUAT LAGU NI BARU DIA RETI.

BASA ORE TADAK PERUT PEDA. NIH PAYAH BASA.
Anonymous said…
Kerajan Perpaduan adalah "Exit Plan" PAS dari terasa malu kerana membela Kes liwat Anuar. Kes Liwat ini akan di bicarakan julai ini, dan segala keburukan Anuar akan terbongkar. Hanya orang PKR dan segelintir orang pas yang percaya cerita konsparasi Anuar. Kebanyakan Rakyat tidak mempercayai Anuar. Pemimpin PAS semakin cerdik.
Unknown said…
My dear PR LEADERS and Supporters!

Enough is Enough!

Please stay FOCUS with our MISSION and VISION to take over and govern this country!
Please DO NOT get DISTRACTED with ALL these NONSENSE side-line issues such as UNITY GOVERNMENT etc.!
Please PUT a FULL-STOP to ALL these TALKS or ANY TALK that will eventually benefits the BN or others..!
Any side-line issue will give advantage to BN! They will HIGHLIGHT IT even more SO THAT PR will forget their MORE IMPORTANT ISSUES that already in-hand such as RRK Manek Urai, lost PERAK State Government right in front of our VERY OWN eyes, all the pending court cases etc..!
Please for ‘UNITY’ sake within PR, set aside our differences IF ANY, and work towards our COMMON GOAL - EVERYONE in PR from TOP (ESPECIALLY) all the way DOWN (THE GRASSROOTS) must SEE the SAME ‘BIG PICTURE’ that we are going to achieve at the end of this long battle, hurdle, fight and journey!

WE WORKED SO HARD AND SO LONG JUST TO UNITE US ALL IN PR, SO WE SHOULD NOT LET ANYONE, I MEAN ANYONE TO EVEN THINK OR TRY TO BREAK THAT ‘UNITY’ IN PR! FORGET THE UNITY WITH OTHERS, FOR NOW….!

IF WE, CAN’T EVEN GET OUR OWN HOUSEHOLD OR OUR OWN FAMILY TOGETHER, PLEASE DO NOT TRY TO UNITE THE COMMUNITY..! IT WILL BE A BIG LAUGH IN THE TAMAN (COMMUNITY)… CORRECT AND UNITE OURSELVES FIRST, BEFORE WE DO OTHERS!

YES, WE WON BIG IN PRU1999 AFTER DSAI SPECTACULAR REFORMASI WAVE, BUT LOST BADLY IN PRU2004 AFTER COULD NOT TAKE THE EXCITEMENT (STAY DREAMING) OF WINNING BIG IN PRU1999 (WE EVEN LOST THE TRENGGANU STATE - OVER CONFIDENCE PERHAPS!) AND LATER MANAGED TO PULLED OURSELVES BACK TOGETHER (MAYBE) AND WON BIG IN THE PRU2008 (THAT’S ALSO BECAUSE PEOPLE HATED BN SO MUCH AT THE TIME - AND NOT really BECAUSE OF PR INTERNAL (UNITY) STRENGTH..!

SO WE WENT THROUGH UPS AND DOWNS. WHAT WE NEED RIGHT NOW IS TO MOVE FORWARD, BE POSITIVE AND MORE IMPORTANTLY LEARN FROM OUR OWN MISTAKE AND OTHERS! AS A MUSLIM OR ANYONE FOR THAT MATTER, WE SHOULD NOT MAKE MISTAKE TWICE!

FOR PAS,I WOULD THINK AT 55 YEARS OLD, THE PARTY SHOULD BE MATURED ENOUGH TO THINK RATIONALLY AND NOT THINKING OR ACTING LIKE A 25 YEARS OLD YOUNG MAN (BARU BERJINAK DENGAN POLITIK) OR A 40 YEARS OLD MAN (BARU NAK JADI PEMIMPIN DALAM PARTI) - OR TRY TO RE-START THING ALL OVER AGAIN, AFTER ALL THE STRUGGLES MADE TO UNITE US ALL!

Till then, LOOKING FORWARD TO OUR BIG WINNING AT PRK MANEK URAI, RRK AFTER THAT… AND THE NEXT PRU-13!

MA
Lebai Mangkuk said…
Dalam keadaan perpecahan melayu/Islam sekarang, sudah nampak jelas kaum kafir mempermainkan melayu/Islam.

Pada mula nya mereka menyokong satu pehak, setelah mendapat kekayaan dan kuasa ekonomi, kaum kafir ini inginkan pula kuasa memerintah. Disamping itu mereka juga sedang menuntut hak2 persamaan dengan orang melayu.

Sebenarnya kaum cina sudah bersatu dalam DAP. Sedangkan kaum melayu/Islam masih berpecah - UMNO, PAS dan PKR.
PAS dan PKR pula telah menambah-kuatkan DAP.

Semasa dalam kerajaan yang memerintah sekarang kaum kafir ini mendapat kesukaran untuk menuntut kehendak2 mereka. Cara paling mudah, mereka berpaling-tadah dan menyokong pehak lain pula iaitu PAS dan PKR. Mereka dapati PAS dan PKR sanggup buat apa saja demi mendapatkan kuasa memerintah dan menghancurkan pehak lain iaitu UMNO.

Sedangkan jika PAS atau PKR dapat memerintah, sokongan kaum melayu/Islam cuma lebih kurang 30% sahaja. Ini lah yang telah berlaku di negeri Perak. Dalam kerajaan PR nya cuma ada dua orang EXCO melayu/Islam sahaja. Di P Pinang kita tak perlu cerita lagi.

Oleh kerana melayu/Islam terbahagi dua, maka dengan senang mereka mempengaruhi dan memberi sokongan pula kepada pihak yang lain. DAP memang ada harapan cerah memerintah negara dengan pertolongan PAS dan PKR.

DAP akan bersetuju memberi jawatan PM kepada PAS, PKR bagaimana pula? Timbalan PM I? dan DAP TPM II? Siapa Ahli2 EXCO nya dan menteri2 yang akan di lantik? Sudah tentu kaum kafir lebih ramai dari melayu/Islam yang menjadi menteri dan timbalan menteri nya.

Dikala ini kalau PAS ingin juga menunaikan hajat nya menubuhkan 'negara Islam', usul akan di bawa ke parlimen - bolehkah PAS mendapat sokongan dari kaum kafir?
PARPUKARI said…
KAU NI EMANG BAHALOL LA BRADER! APA SALAHNYA KALAU MEREKA NAK BEKERJASAMA KE LU MEMANG SUKA BANGSA LU DIJAJAH BRADER? LU NI MELAYU JENIS APA BRADER?
Itu ialah cara untok umno hapuskan Pakatan Rakyat.
Untuk lemah kan PR , umno mainkan soal Perpaduan Melayu, Perpaduan ummah.
Kalau PAS mampos , Pakatan Rakyat akan Mampos.
"Back to the future" DAP akan jadi parti macham dahulukala , PKR akan tinggal satu kerusi dalam dewan macham dulu dan PAS bolih cium Kelantan "Good Bye".
Sebab dah tak ada beza antara PAS dan umno.

Yang dapat dibeli akan dibeli, tak dapat dibeli akan dirasuah,tak dapat dirasuah akan di paksa, tak dapat di paksa akan di ajar muzakarah , meeting , minum kopi,kongsi kuasa macham Kong Xi Raya!
Kongsi rasuah ialah budaya umno.
Adakah PAS sanggup jual maruah dan diri?

Ini mahu main-main kan rakyat yang undi?Jangan bodoh kan para pengyokong.
Pas dulu duduk dalam bn.
Lepas tu keluar bn.
Tak rugi keluar dari bn.
Tok Guru Nik lebeh arif soal keluar bn.

Dah 50 tahun merdeka baru nak cakap perpaduan.Nak tipu siapa?
Disini saja ada para komen yang soal kaum dan ugama.
Kita semua dari adam dan hawa.
moyang kita semua adalah kafir.
Sebelum nabi Mohd jadi muslim , dia pon kafir.

Untuk bn untuk ada kan Pilihan raya , ini kita tak tahu lagi.
Sebab PR belom jadi lemah.
Tok Guru Nik Aziz dah kata Tak Nak umno.
mohdjusryjaafar said…
Kita kena ingat, Pas bukan parti perkauman, tapi parti Islam...maknanya tidak kisah la kita nak berbincang dengan sape2 pun untuk kebaikan dan kepentingan masyarakat umum..cumanya kali ini, saya rasa Presiden ada sebab munasabab kenape isu kerajaan perpaduan ini diperkenalkan...Jangan cepat melatah...tapi, orang malaysia mmg cepat melatah...Selepas muktamar ini, pandai-pandai pimpinan tertinggi duduk semeja dan bincang baik2...and then keluarkan kenyataan.Kan Tuan guru Hadi awang dan tegaskan Pas x kan masuk BN untuk sertai UMNO...Kan dah jelas...jangan pula kita pepandai je nak jadi hero buat alasan ini.Pimpinan PAS tak bagi ulasan lagi, sebab depa tahu ahli2 PAS dan orang ramai suka buat2 cerita..nak bagi hot blog depa..bawa2 bertenang dan jangan buat2 gempak tak tentu pasal.Nape la ada segelintir ahli PAS yang masih dalam kepompong perkauman...ISLAM FOR ALL, PAS FOR ALL..