PRK BUKIT GANTANG : BN PENING KEPALA PENGUNDI 'SWING' KEPADA NIZAR

POLITIK BARU yang dipelopori oleh PAS pada PRK Bukit Gantang benar-benar memikat hati pengundi Bukit Gantang. Walaupun BN terus menggunakan cara POLITIK LAMA dengan melakukan serangan peribadi, mengugut pengundi, merasuah pengundi, memancing undi dengan projek mee segera, memperkudakan agensi kerajaan, memperkudakan media massa dan sebagainya, pengundi telah sedar dan matang bahawa negara memerlukan stail POLITIK BARU yang menjaminkan kelangsungan bangsa dan negara.

PAS dengan POLITIK BARU tenang menghadapi POLITIK LAMA dan lapuk BN. Sebaliknya PAS dan PR menawarkan pengundi dengan pendekatan baru yang mesra rakyat, cuba memahami masalah rakyat, berkongsi kesusahan kesengsaraan rakyat, menyedarkan rakyat tentang kuasa yang mereka miliki, memahamkan rakyat erti kemerdekaan sebagai rakyat serta juga membentangkan kepada rakyat peri pentingnya negeri Perak dikembalikan kepada PR dengan menjadikan Bukit Gantang sebagai pencetus kesedaran rakyat.

Selain itu rakyat semakin sedar tentang siapakah penderhaka Raja Melayu yang hakiki serta semakin faham bahawa BN merompak dan menafikan hak rakyat yang melantik PR sebagai kerajaan negeri Perak. Semua ini berjaya dilakukan oleh PR menerusi jentera kempen PR yang tersusun, komited, sistematik dan sabar. Di tambah pula dengan calon PR yang hebat, mesra rakyat, teruji, berilmu dan berkarisma maka kerja-kerja ini menjadi semakin mudah.

Menurut maklumat risikan PR kini mendahului BN dengan agak selesa. Ada pendapat menyatakan bahawa 60 % pengundi telah memihak kepada PR sehingga semalam. Dianggarkan PR akan mendapat kira-kira 25,000 undi manakala BN hanya memperolehi kira-kira 18,000 undi. Andaian ini dibuat jika peratusan undi adalah kira-kira 78 %.
Setakat ini dilaporkan kira-kira 49 % pengundi melayu cenderung undi mengundi PAS manakala 70-76 % pengundi Cina dan India akan mengundi PAS.

Comments

Anonymous said…
Kenapa undi pengundi melayu selalu rendah..kenapa mesti dibawah 50%..PR mesti tumpukan hal ini..mesti naik samapi lebih 55%..undi melayu adalah teras!!!perubahan mesti juga datang dari teras!!!!
bujur said…
Hahahha.. pengundi nak swing pegi nizar?? jangan harap la bro.. siapa nizar tu?? manusia tak sedau diri, tak sedau dek untung dan suka berlagak dengan kereta kerajaan yang dibeli guna duit rakyat. manusia bodoh bahlol mcm nizar tu, layak jaga diri sendiri daripada konon2 nak jaga rakyat. sebab apa?? sebab dia nak jaga diri dia, perangai dia, akidah dia pun tak betul, inikan pula nak jaga orang lain..?? piiiraaaahhh
Anonymous said…
Oii Bujur

Yang terpesong akidah tu awak...tak sedar diri, sokong parti berketuakan pembunuh dan pemuda perasuah. Bau taik sori najis...
Anonymous said…
Hi bro Bujur, lu patut sedarlah diri sendiri...kalau lu kata Nizar guna kereta kerajaan tu lu salah kerana dia berhak kerana dia memang MB yg sah yg dipilih rakyat. Lu sedar tak duit kita yg kita bayar tol, cukai tanah, cukai pintu, cukai pendapatan dll pergi mana? BN guna wang itu untuk PRU Bkt, Gantang, Bkt Selambau & Btg Ai kalau diorang mcm Pakatan lu ingat boleh belanja mcm bapa mereka punya dui. Beringat sebelum menghina org yg baik. Gua kesianlah otak lu tak digunakan dgn baik tapi kepala lutut lu guna sebaliknya hahahahahahhahahaha
Anonymous said…
aku cilok dr blog ni http://selamatkanumno.blogspot.com

Pak Lah sudah jumpa DYMM Agong hari ini. Namun kerana Najib yang tamak dan takut tak dapat jadi PM maka dia telah secara kurang ajar mengarahkan Ketua Setiausaha Negara untuk mengeluarkan surat jemputan kononya ada majlis angkat sumpah jumaat ini.

Semua pelik bila dapat surat dari KSU seharusnya kad jemputan perlu dikeluarkan Istana. Berita terbaru Istana mula rasa kurang senang dengan perangai Najib yang terburu - buru.

Sumber rapat Rosmah pula mengatakan Rosmah tetap tenang dengan perkembangan ini kerana menurut Rosmah dia dah boleh pegang pemaisuri agong kerana pernah bawa pemaisuri pergi membeli belah di luar negara. Kuruang ajar juga Rosmah ini.

Najib patut guna masa ini untuk cuci mana bukan untuk tunjukkan lebih kelolo dan membangkitkan lagi benci orang tengok dia.
Anonymous said…
bujur said tidak berada di alam nyata, masih dalam kandang sarkas macam cerita p.ramlee. bujur said kenalah keluar dari kepompong sarkas.
aljunuban said…
To bujur: Memang orang pas dan pembangkang ni tak boleh terima kenyataan.tak perlu la kita nak katakan apa saje walaupun ia benar. otak depa ni dah memang karat dan sudah diasak dengan ajaran jahil yang diajar oleh ketua mereka. nasihat saya, kita tunggu dan lihat saje...