BERTAMBAH LAGI SEORANG ULAR DALAM SEMAK

Teringat dan terkenang ceramah Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor dalam mentafsirkan ulama-ulama yang menjadi pengampu kerajaan yang tidak berani berkata benar di depan 'boss' mereka.
Kata Almarhum, itu bukan Ulama' itu Ulaq (ular) dalam semak, bila depa kenyang depa dok diam tak kata apa-apa. Begitulah kiasan Almarhum kepada sikap Ulama'-ulama Umno yang mendiamkan diri sahaja walaupun terbukti kerajaan BN/Umno melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.
Kini koleksi Ular Dalam Semak bertambah lagi seorang. Terbaru ialah Mejar Jeneral (B) Jamil Khair Baharom, orang Yan yang kampungnya tidak jauh dari Menteri Besar Kedah. Keluarga terdekat beliau pula memang pimpinan dan aktivis PAS. Ayah beliau pernah menjadi AJK PAS Kawasan manakala adiknya pernah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan.
Kalau sebelum ini sudah ramai Ular Dalam Semak ini yang bila bisanya telah habis mereka dibuang bagaikan perumpamaan habis madu sepah dibuang. Antaranya Ular Dalam Semak ini ialah Abdullah Mat Zin, Hamid Zainal Abidin, Hamid Osman, Yusof Noor, Wan Mokhtar, Awang Jabar, Nakhai'e Ahmad, Dusuki Ahmad, Zainal Abidin Sakom, Syarifah Dora, Mustafa Taib, Nor Deris dan lain-lain. Kemana mereka ini sekarang semuanya sudah menjadi kupang tembaga dan dilupakan setelah 'jasa' mereka mengHALALkan semua yang dilakukan oleh BN walaupun jelas ianya bertentangan dengan Islam.
Kini Jamil Khair pula masuk kategori Ular Dalam Semak yang sekarang ini bergandingan dengan Mashitah Ibrahim seorang lagi Ular Dalam Semak yang sudah 2 penggal bergelumang dengan dosa BN memerintah Malaysia.
Mereka ini akan tahu suatu hari nanti bahawa 'jasa' mereka mengHALALkan yang HARAM akan dibalas dengan sehina-hinanya oleh BN.
Seperkara yang saya ingin nyatakan di sini sanggup Jamil Khair ini duduk di sebelah sana menentang Tuan Guru Nik Aziz, Prof Dr Haron Din, Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Taib Azamuddin dan rakan-rakannya sendiri senior atau junior seperti Ustaz Mohamad Hussin, Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Nasir dan lain-lain.

Comments

Harris Abdullah said…
Dulu kalau Jamil Kahir jadi panel Forum Perdana saya tak pernah miss. Saya pernah lompat qariah semata-mata nak dengar ucapan Jamil.
La ini sorry.
Anonymous said…
selagi menyeru kepada kebaikan tak berdosa mendengarnya.tapi jgn smpi melompat.
penyokong PAS said…
Pelik, apa JAMIL boleh lakukan dalam UMNO/BN? Nak ISLAM kan UMNO/BN? Takut nanti JAMIL senasib dengan DSAI, difitnah sampai mati!
Anonymous said…
brigedal general beb huhuhhu
Wannnnn said…
kalau nak buang sampah dari dalam tong sampah yang busuk, jangan lah kita terjun kedalam tong tu, nanti badan kita turut berbau sampah. Memadai lah kita kait dari luar jer. Jamil Khir kurang cerdik!!!!! maaf kerana tak ada perkataan yg lbh sesuai dari tu..
Anonymous said…
Peranan ulama upahan dalam BN sama saja dengan ulama upahan zaman penjajah Inggeris sebelum merdeka. Mereka dilantik dibayar gaji untuk mengiakan kehendak tuan-tuan mereka sahaja. Tiada jasa mereka membangun Islam kepada orang Islam jauh sekali untuk mendekatkan Islam kepada bukan Islam.
Anonymous said…
Jangan menuduh orang keterlaluan. Apa-apa pun kita bagi peluang pada JAMIL dahulu.
khaly said…
Orang PAS ni, ustat dia je yang betol. konon2 ahli syurga la.. sedar tak, ustat Pas ni ahli neraka, sebab ustat PAS ni golongan yang dilaknat Allah SWT. ustat pas ni pemberi restu kpd pemfitnah, penghasut dan penyebar kejahilan. sedar diri sikit, pas diwujudkan atas dasar cemburu, iri hati. dan ia sudah dibuktikan pemimpin pas sekarang.
Anonymous said…
Kita tunggu dan lihat apa yang dia akan buat jgn andaikan macam macam beri dia peluang ,
Wannnnn said…
aljunuban dah tukar nick name. . keluhan orang kecewa. Luahan orang marah .. ayat2 orang sakit otak dah mula kelihatan . .kah kah kah kah!!!
Anonymous said…
Tiada nas dan hadis apatah lagi hujah dan dalil yang mengatakan ustaz pas masuk neraka atau dilaknat Allah. Hanya sanya orang yang berkata atau menulis demikian adalah dari bahasa syaitan dan iblis, maka jika penulis yang menulis menurut bahasa syaitan dan iblis itulah yang dilaknat Allah kerana perjanjian Allah itu melaknat syaitan dan iblis dan sesiapa sahaja yang menurutnya.
uwais said…
biasalah bila dah cukup cari kekayaan baru bagitau kat kita ni yang itu dosa yang ini dosa, harta cari tak cukup lagi bila dah cukup baru lah depa ni masuk pas berjuang menegakkan hak allah konon
Orang Atas Pagar said…
Give him chance...Jgn melulu membuat ANDAIAN dan TELAHAN..Tidak semestinya bila aktif dalam PAS baru buleh buat dakwah..Awas..ramai jugak Ustaz2 dalam PAS tu jenis "CARI MAKAN"..adakah kerana mereka di dalam rangkain PAS maka jari tidak dituding ke arah merekA? Bayangkanlah jika PAS memerintah Malaysia, nanti Ustaz2 mengampu dan membodek tu adakah mereka kelak akan dicop sebagai Ulaq Dalam Semak?