15 MAT REMPIT ROGOL GADIS : INILAH HASIL DARI PENDIDIKAN NEGARA KITA

Berita bahawa 15 mat rempit berumur 17 hingga 19 tahun merogol seorang gadis di Felda Chini, Pekan Selasa lepas merupakan antara rentetan kejadian jenayah yang sering menghiasi dada-dada akhbar sejak akhir-akhir ini.
Kejadian jenayah seperti ini di kalangan juvana semakin hari semakin membimbangkan. Penjenayah-penjenayah ini yang sepatutnya masih di bangku sekolah atau Kolej sudah tidak berminat untuk belajar. Persekolahan dan pendidikan formal yang dilalui oleh mereka bermula dari tadika hingga Tingkatan lima iaitu lebih kurang 12 tahun langsung tidak dapat mendidik mereka menjadi insan yang kuat beragama dan berakhlaq.
Kelemahan sistem pendidikan negara ditambah pula dengan suasana persekitaran di negara kita yang kerajaan sendiri menyuburkan budaya hedonisme, membiarkan tempat-tempat maksiat dan memberikan lesen untuk rumah-rumah urut, tempat hiburan menjadi remaja lebih mudah terjerumus ke kancah maksiat dan jenayah.
Malangnya setiap kali hal ini dibincangkan ibu bapa dijadikan mangsa di mana ibu bapa dituduh tidak pandai mendidik anak dan membiarkan anak-anak mereka menjadi liar. Memang tidak dapat dinafikan ibu bapa juga bersalah. Tetapi menuding jari meletakkan kesalahan 100 % kepada ibu bapa bagi saya tidak tepat. Sedangkan apabila anak-anak keluar rumah mereka terdedah dengan 1001 macam unsur-unsur dan tempat-tempat maksiat yang dibiarkan beroperasi oleh pihak berkuasa.
Ditambah pula dengan sikap kerajaan yang memberikan lesen kepada majalah-majalah separa lucah, gagal membendung penjualan CD lucah, rancangan TV yang hanya mementingkan hiburan, menggalakkan konsert dan sebagainya. Maka tidak hairanlah remaja menjadi liar dan ganas serta suka melakukan jenayah seperti rompak, rogol, rempit dan sebagainya.
Oleh itu sudah sampai masanya rakyat Malaysia menukar kerajaan BN yang jelas gagal mentadbir negara dari semua segi termasuk pendidikan. Pilihanraya ke 13 akan datang mari sama-sama kita tumbangkan BN dan digantikan dengan kerajaan PR yang Insya Allah akan mentadbir negara dengan adil, berkebajikan, telus dan lebih bertanggungjawab.

Comments

Penulis dah lupa tambah bahawa remaja ( laki dan perempuan terutama nya melayu ) belasan tahun suka/gemar/tagih/gian hisap gam chap dunlop.
Serta sanggup jadi penyamun, pecah masuk kereta/ jadi budak jaga kereta serta lacur kan diri .
Banyak dah jadi 'zombie", banyak jadi gay boy , banyak jadi purtan dan pondan.

Di Kuala Lumpur , Kian hari, kian bertambah.
Entah dari mana datang nya "zombie' berlambak-lambak.
Siapa dari PAS boleh tanya orang PAS di KL. Betul tak saya punya cakap.
Siapa dari IPK KL/Dangwangi/Tun HS LEE dan Bukit Aman , betul tak saya punya tuduhan.
Polis buat tak tahu dan buat tak nampak sebab tak ada Kopi-O
JAWI buat pekak dan lebeh gemar buat skodeng di taman dan lebeh gemar kan Saiful.
Siapa dari jabatan Agama, betul tak saya punya komen.

Sekolah hari ini entah apa yang di ajar. Ajar sampai banyak murid-murid jadi sesat.
Sistem pendidikan mesti di ubah untuk ikut zaman.
Kerajaan mesti di tendang sebab tak bermoral dan korup.
Anonymous said…
Pas yang menyesatkan Islam kini...
Anonymous said…
trand kedai internit buat casino menjadi punca remaja dan warga emas tengelam dalam dunia penuh pancaroba harap pihak berwajib ambil tindakan membendung gejala yg bakal memusnahkan bangsa dan negara, jika dibiar berleluasa
Anonymous said…
kepada yang buat part time siang malam buat catering
jangan dok pacak kat kedai judi.
jadilah insan berguna utuk bangsa dan negara UP:
anak jin
apex
Anonymous said…
Sy lebih suka kerajaan Malaysia nie diperintah oleh Angkatan Bersenjata tak payah ler UMNO or Keadilan or PAS sume tak boleh pakai, esok sape sy tak suka senang sy tembak jer sume giler kuasa. Buku malas baca menulis apatah lagi bercakap tak habis2..sume kosong belaka 35 thn sy duk Malaysia nie rasa mcm zaman jepun jer lagi baru nak pi beli gula dah kena byr itu ini sume mahal belaka huhuhuhu