KEMENANGAN KHAIRY BUKTIKAN RASUAH HALAL DI DALAM UMNO

Kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno membuktikan bahawa rasuah HALAL di dalam Umno.
Khairy yang disabitkan terlibat dengan rasuah oleh Lembaga Disiplin Umno (hukumannya diberi amaran) menang bergaya dengan majoriti kira-kira 50 undi menewaskan Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir.
Walaupun terbukti Khairy melakukan rasuah tetapi majoriti perwakilan mengundi beliau. Ini menunjukkan kepada kita kaki rasuah pun terus mendapat tempat dalam Umno. Jadi nasihat dan rayuan Najib Razak (juga penuh dengan kontroversi) supaya ahli Umno menolak pemimpin rasuah hanyalah omongan kosong, masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Bagi ahli Umno, rasuah adalah harus tidak berdosa sebab itu mereka memilih dan mendewa-dewa pemimpin yang jelas terpalit melakukan rasuah. Mereka tidak kisah samada pemimpin itu rasuah atau tidak yang penting duit dan projek.
Jelas sekali ahli dan pemimpin Umno tidak dapat membezakan yang HALAL dan HARAM.
Jadi benarlah tanggapan dan ramalan saya bahawa rasuah sudah tidak boleh dibenteras lagi kerana ianya sudah menjadi darah daging dan wirid harian Umno.

Comments

Anonymous said…
Apa yang nak di takutkan walau pun telah terbukti merasuah SPRM tetap membela UMNO dari dulu kini dan selamanya.Sendiri mau ingat lah wahai orang melayu masa depan anak dan keturunan kita.