INJUKSI MAHKAMAH : MUNGKINKAH 2 AHLI UMNO DAPAT HABUAN?

Mungkinkah 2 ahli Umno yang memohon injuksi mahkamah menghalang perhimpunan agong hujung Mac ini akan mendapat habuan dari Umno.?
Kedua-duanya iaitu bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mazlan Harun dan perwakilan UMNO Bahagian Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah sehingga kini masih bertegas untuk meneruskan hasrat mereka jika semua aduan rasuah dan salahlaku calon Umno tidak disiasat sehingga 24 Mac ini.
Namun saya yakin pemimpin Umno tidak akan berdiam diri. Sudah tentu mereka mempunyai pelbagai taktik untuk menghalang kedua-dua makhluk 'perosak' umno ini dari meneruskan hasrat yang amat memalukan Umno itu.
Umno ada pelbagai cara dan taktik untuk mengajar 2 orang itu samada taktik halal, haram atau 'halam'. Umno ada duit, ada projek, ada samseng dan pelbagai cara lagi.
Jika dengan duit tidak boleh 'makan', mungkin dengan projek boleh mencairkan 2 orang itu atau mungkin juga dengan ugutan akan menyebabkan kedua-dua mereka 'surrender'.
Saya berharap kedua-dua ahli Umno itu tetap istiqamah dan komited untuk meneruskan hasrat mereka. Mungkin ada pemimpin, ahli dan penyokong Umno yang mengatakan saya jaga tepi kain Umno sedangkan saya tidak ada hak kerana saya bukan penyokong Umno jauh sekali untuk menjadi ahli Umno sebuah parti jijik.
Namun sebagai rakyat mahu tidak mahu kita kena akur bahawa calon Umno yang menang pada pemilihan Umno nanti sudah tentu sebahagiannya akan terus memimpin kerajaan seperti Najib, Muhyiddin, Ali Rustam dan lain-lain. Sudah tentu kalau mereka ini terlibat dengan rasuah maka sudah tentu mereka ini tidak layak menjadi pemimpin malah mereka juga wajib dihadapkan ke mahkamah.
Maka semua aduan dan laporan itu tidak disiasat maka sudah pasti negara akan diperintah oleh kaki rasuah dan mereka yang biasa menyalagunakan kuasa. Bukankah ini merbahaya kepada negara jika pemimpin biasa menerima rasuah dan menyogok rasuah semasa kempen pemilihan Umno ini.
Sebab itu saya juga berhak membuat komen tentang isu rasuah pada pemilihan Umno ini. Jangan kata saya orang luar tidak ada hak untuk memberikan pandangan dan pendapat.

Comments