PRK DI KEDAH DAN PERAK : BN DAN NAJIB PUCAT GIGI ~ Ref Malaysiakini

Walaupun kedua-dua Pilihanraya Kecil (PRK) di Kedah dan Perak yang bakal diadakan nanti tidak akan mengubah kerajaan namun ianya memberikan impak yang besar kepada BN dan PR. Ini kerana keputusan kedua-duanya PRK ini sudah tentu memberikan jawapan kepada kemelut politik di kedua-dua negeri terutama Perak.
Keputusan PRK Bukit Gantang sudah tentu memberikan petunjuk samada rakyat masih bersama dengan Pakatan Rakyat yang dikatakan derhaka kepada Sultan Perak dan tidak tahu malu sehingga masih mengaku bahawa kerajaan PR masih berkuasa di Perak.
Momokan bahawa PR dan Nizar penderhaka, penyokong PR ganas dengan menghalang majlis angkat sumpah sudah pasti terjawab dengan keputusan PRK ini nanti.
Selain itu ianya juga sudah pasti memberikan isyarat kepada Sultan Perak samada rakyat Perak bersetuju dengan keputusannya yang enggan memperkenankan permintaan kerajaan PR untuk membubarkan Dewan.
Manakala di Kedah, rakyat akan menghakimi BN samada tindakan BN untuk membeli dan mengugut ADUN PR supaya menyertai BN direstui oleh rakyat.
Jadi kedua-dua PRK ini amat menarik di saat Najib dan BN memang tidak mahu berdepan dengan PR secara anak jantan dalam mana-mana Pilihanraya.
Inilah kuasa Allah. Manusia merancang Allah merancang dan perancangan Allah adalah sebaik-baiknya perancangan. Disaat Najib kecut dan takut untuk bertanding pada pilihanraya kerana 2 kekalahan sebelum Allah mentaqdirkan pemergian Allahyarham YB Hj Roslan Sahahrum, Ahli Parlimen Bukit Gantang. Begitu juga Allah menggerakkan hati YB Arumugam ADUN Bukit Selambau untuk meletakkan jawatan.
Namun kita belum pasti samada SPR akan mengadakan PRK di Bukit Selambau. Mungkin SPR akan memberi seribu alasan yang tidak masuk akal. Tetapi SPR tidak boleh memberikan apa-apa alasan untuk menafikan PRK di Bukit Gantang kerana YB Roslan telah kembali ke Rahmatullah tengahari tadi. Apa alasan SPR untuk tidak menjalankan PRK di sana.

Comments

Anonymous said…
1974 apa yang UMNO dah buat dengan Sultan Idris Shah? Apa yang Pemuda UMNO pertahankan waktu itu? Adakah Tajol Rosli dari keturunan penderhaka? Jadi jangan lupa sejarah!!