HAKIM TARIK DIRI ADILI KES NIZAR ELAK BIAS, BAGAIMANA PULA DGN ZAKI TUN AZMI ~ Ref Malaysiakini

Pesuruhajaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan bekas menteri besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mohamad Ariff membuat keputusan itu setelah mendengar pertimbangan serius mengkaji hujahan peguam Sulaiman Abdullah selama sejam yang mewakili Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan Dato' Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara.
Rabu lepas, Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas.

Semalam, Kamaluddin berkata Mohamad Ariff patut menarik diri daripada mendengar kes tersebut bagi mengelak persepsi negatif tentang unsur berat sebelah.

"Adalah pandangan Pejabat Peguam Negara bahawa bagi mengekalkan keyakinan awam dalam badan kehakiman dan demi kepentingan keadilan, adalah elok Yang Arif menarik diri," hujahnya.

Kamaluddin berkata wujud bahaya berat sebelah oleh hakim dengan alasan Mohamad Ariff adalah bekas anggota PAS dan penasihat undangundang PAS dalam beberapa petisyen pilihan raya.
Kalau ini yang hendak dijadikan hujah, bagaimana pula dengan kes perlantikan Bekas Peguam Umno dan Anggota Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib Umno, Zaki Tun Azmi yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, TIDAKKAH IANYA MENIMBULKAN KERAGUAN BAHAWA ZAKI JUGA MUNGKIN BERAT SEBELAH?????

Comments

Anonymous said…
Kami UMNO. Suka kami lah nak letak Zaki atau siapa pun. Dan suka hati kami juga nak tolak siapa pun.
Kami rasa, jika PR perintah, pasti Karpal Singh jadi Ketua Hakim Negara..... ngeri Najib
Anonymous said…
Zaki pun ok juga...org kelulusan undang2...nnt klu Datuk Najib jadi PM..kami minta Ghani Patail jadi Ketua Hakim Negara...ada juga org Sabah jadi Ketua Hakim Negara..dan kami minta Bakri Zinin jadi Ketua Polis Negara...baru lah Sabah ada ummmpphh!
Anonymous said…
Bagus komen saudara,

Bila Najib jadi Pee-em, jangan lupa pada Lingam. Lantik Lingam jadi AG. Tentu banyak kes boleh settle.
Anonymous said…
Kalau PR perintah belum tahu lagi siapa jadi Ketua Hakim Negara. Tapi hakim UMNO ini orang sudah kenal siapa dia dan juga perilakunya.

Mana pernah UMNO buat kerja ikut undang-undang dan peraturan. Dia buat kerja pakai undang-undang Ikut Suka Aku saja. Selagi UMNO tak tumbang, percayalah, undang-undang ini akan terus berjalan sampai bila-bila.