ADUN LOMPAT MALU UNTUK KE MAHKAMAH? ~ Ref Malaysiakini

Kedua-dua ADUN PR yang melompat parti tidak hadir di mahkamah untuk perbicaraan kes rasuah masing-masing. Mungkin kedua-dua mereka malu atau takut di'boo' dan dibaling dengan kasut agaknya.

Osman Jailu mungkin malu. Jamaludin mungkin sembunyi balik dinding. Gurau teman saya ketika saya beritahu bahawa kedua-dua Mat Lompat ini tidak hadir di mahkamah pagi ini.

Beberapa panggilan yang diterima mStar Online memaklumkan Osman kini dimasukkan ke hospital.

Namun usaha untuk menghubungi Osman bagi mendapatkan pengesahan masih gagal.
Media melaporkan bahawa waran tangkap dikeluarkan ke atas Osman kerana tiada alasan munasabah diberikan tentang ketidakhadirannya hari ini. Surat cuti sakit juga tidak dikemukakan kepada mahkamah.

Sementara itu menurut peguam Jamaluddin, anak guamnya tidak dapat hadir kerana menghadapi masalah kesihatan dan surat sakit juga telah dikemukakan kepada pihak mahkamah.

Kedua-dua mereka didakwa di Mahkamah Sesyen pada 25 Ogos lalu kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar dekat sini secara usahasama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).

Mungkin kedua-dua kaki lompat masih takut untuk berdepan dengan rakyat yang sebahagian besarnya mencemuh dan menghina kedua-duanya yang menjual maruah diri sendiri dengan melompat keluar dari PR bagi membolehkan kerajaan negeri Perak dirompak oleh BN.

Asyik sakit sahaja kedua-dua kaki lompat ini. Sakit betul-betul atau main-main. Inilah bahananya engkau berdua kuat sangat melompat.

Jelas sekali hidup kedua-dua kaki lompat ini tidak tenteram dan tidak tentu hala. Inilah balasan Allah kepada hambanya yang tiada prinsip dan menjual maruah dan harga diri.

Comments

azhar said…
salam....elok dua ekor ni mati accident lnggar lori...
A-I-B said…
Dulu masa hilang 2 ekor katak nie sama tarikh dan sakit pun sama tarikhnya. Terkini bila kes disebut di mahkamah sekali lagi katak ini diberitakan sakit pada tarikh yang sama. Agaknya mungkin takdir Allah Ta'ala yang menentukan. Tak mustahil suatu ketika mungkin nyawa mereka berdua juga dicabut pada hari yang sama. Nauzubillah! Hanya Allah yang tahu.
Anonymous said…
agaknya dema tu sakit lutut kot kerana banyak melompat
Anonymous said…
Yes should this two shameless men are sick we pray that they get well. Should they are not and asked to be sick or play sick I will pray that ALLAH THE ALL MIGHTY send this two men to real sickness where money will not cure them. All the dirty money from Najis will not be enough to heal their sickness.
EQUILIBRIUM said…
simple je ni. jamaludin dah hantar mc kat mahkamah. jadi osman tak boleh le buat benda sama.

jadi terpaksa le belakon kena masuk wad. tapi tak tau le kalau masuk wad tak payah mc ke?

ataupun deme dua dah jadi kembor perak muahahaha
Anonymous said…
Minat sama.
Perjuangan sama.
Klepet pun sama.
Cuma...rupas paras tak sama. Sorang lahir bulan gerhana, manakala sorang lagi lahir bulan gelap.

"Kembor sama rupa tak seiras"