TRAGEDI BATU BUROK : RAKYAT BERPELUANG BALAS 'BUDI' ~ Ref Malaysiakini

Ingatkah anda semua kepada tragedi Batu Burok di mana 2 orang penyokong PAS yang tidak bersalah apa-apa ditembak oleh Polis. Kes itu masih belum selesai hingga ke hari ini. Kekejaman yang dilakukan oleh pihak berkuasa pada 8 September 2007 itu didakwa membabitkan seorang pemimpin Umno yang sangat penting peranannya pada PRK Kuala Terengganu ini.

Dua sahabat kita Azman Aziz dan Suwandi yang cedera teruk hampir maut ditembak oleh Poli. Malangnya mereka pula didakwa di Mahkamah kerana dikatakan mencederakan Polis. Satu tindakan paling tidak bertanggungjawab dilakukan oleh pihak berkuasa.

Selain Suwandi dan Azman, 18 orang lain turut didakwa terlibat dengan rusuhan dan kekacauan tersebut.

Jadi inilah peluang untuk rakyat Kuala Terengganu membalas 'budi' BN dan pihak berkuasa yang bertindak zalim terhadap Suwandi dan Azman. Ayuh kita berkerja keras tumbangkan BN pada PRK Kuala Terengganu.

Tuan-puan boleh melayari blog http://tragedibatuburok.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.

Comments