PRK KUALA TERENGGANU : WAN FARID MULA TERASA BAHANGNYA ~ Ref Malaysiakini

Dakwaan saya dalam posting terdahulu dalam blog ini ternyata ada kebenarannya apabila Wan Farid terpaksa mempertahankan dirinya seperti tersiar dalam Malaysiakini hari ini. Nampak jelas Wan Farid berada dalam keadaan defensif.
Serangan peribadi yang dilakukan oleh kalangan Umno sendiri cukup merimaskan beliau sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan membela diri. Saya yakin serangan ini dilakukan oleh orang Umno dari kem lain bukannya dilakukan oleh PAS.
Bagi PAS banyak lagi isu lain yang boleh digunakan. Isu peribadi tidak perlu disentuh malah Islam sendiri menegah kita mengaib seseorang kecuali orang itu bersifat zalim dan membahayakan orang lain.
Kasihan saya melihat Wan Farid baru sehari dinobatkan sebagai calon BN malah pun masuk gelanggang beliau telah dicemuh dan diperlekehkan oleh orang Umno sendiri. Sebab itulah saya sudah katakan bahawa BN menempah maut apabila menamakan Wan Farid sebagai calon mereka pada PRK ini.
Belum apa-apa musuh politik dalamannya sudah mula menyerang peribadinya. Tidak mustahil golongan ini akan memberikan undi kepada PAS atau calon Bebas. Jadi disinilah peranan besar yang perlu dimainkan oleh jentera kempen PAS supaya 'musuh dalaman' Wan Farid tidak mengundi calon Bebas tetapi sebaliknya memberikan undi berharga mereka kepada calon PAS. Jika ini dapat dilakukan saya yakin PAS akan menang besar dengan undi yang jumlahnya di luar dugaan.
Wan Farid sebenarnya bukan sahaja berhadapan dengan musuh peribadinya malah juga terkena juga tempias abangnya, Wan Hisham yang juga tidak disenangi oleh rakyat Kuala Terengganu. Sebab itulah Wan Hisham tewas di kerusi DUN Ladang pada PRU 2008 lalu, sedangkan BN sebenarnya amat yakin menang di kerusi tersebut.
Jadi kini Wan Farid benar-benar runsing dan rimas dengan isu terbaru yang dicipta oleh musuh politik dalaman Umno sendiri yang mahu melihat beliau tewas dan seterusnya empayar politik keluarga Wan Salleh di dalam Umno Kuala Terengganu berkubur.

Comments