KUALA TERENGGANU YANG DIRINDUI ~ Ref Malaysiakini

Kuala Terengganu merupakan tempat tinggalku selama kira-kira setahun iaitu bermula pada 1999 hingga 2000. Ketika itu saya berkerja di Delphi Packard Electric (M) Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Chendering berhadapan dengan Nur Arfa Batik Sdn Bhd.

Antara kenangan manis tinggal di sana ialah hampir setiap minggu saya bersolat Jumaat di Masjid Rusila bersama sahabat saya Nazri dan Cik Wahab.

Selain itu saban hari makan keropok lekor dan nasi dagang menu wajib orang 'GGanu'. Ketika itu saya tinggal di Kampung Pantai Pandak berdekatan Masjid PAS di Chendering.

Setiap minggu saya akan menaiki bas pulang ke Temerloh pada Jumaat malam dan pulang semula ke Chendering pada Ahad malam. Begitulah rutinku sehingga aktiviti perjuanganku terbantut.

Hanya sekali sekala menghadiri program ceramah PAS di sekitar Marang dan Kuala Terengganu sedangkan ketika itu PAS baru sahaja dinobatkan sebagai kerajaan di Terengganu selepas menang gemilang memberikan pukulan KO kepada BN yang hanya tinggal 4 kerusi sahaja.

Saya memohon keampunan kepada Allah kerana tidak bergiat cergas membantu perjuangan Islam ketika tinggal di Kuala Terengganu.

Namun Insya Allah saya akan kembali ke Kuala Terengganu sempena kempen PRK ini bagi membantu setakat terdaya bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS. Di samping itu saya melepaskan kerinduan kepada Chendering, Kuala Ibai dan Kuala Terengganu.

Apa khabar Teratak buruk ku berhampiran Pantai Pandak, masih adakah engkau di sana atau engkau telah pun diroboh dan digantikan dengan rumah baru oleh tuanpunya engkau iaitu Cikgu Shafei?

Comments