PRK KUALA TERENGGANU : PING HARAPAN TINGGI KAMI DITANGANMU ~ Ref Malaysiakini

Ping atau nama penuhnya Ariffin Deraman, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu dan AJK Dewan Pemuda PAS Pusat merupakan tenaga muda PAS yang telah mewakafkab dirinya untuk perjuangan Islam sebaik sahaja beliau menamatkan pengajiannya dalam Ijazah Sains Komputer di USM.

Beliau telah mula berkhidmat sepenuh masa dengan PAS Terengganu sejak tahun 1992 iaitu selepas menamatkan zaman kampus kami di Minden Pulau Pinang. Pada masa itu memang mudah untuk mendapatkan gaji yang agak lumayan bagi graduan Sains Komputer sepertinya. Tetapi beliau meninggalkan semua kemewahan demi perjuangan Islam yang sangat dicintai beliau.

Tidak hairanlah selepas pilihanraya umum 2004 beliau bertekad meneruskan pengajian agamanya di Universiti Al Azhar Mesir. Syabas Ping.

Sejak beberapa tahun lepas beliau diamanahkan dengan tugas amat mencabar iaitu mengepelai Porfolio Urusan Pengundi Muda dalam Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (JPP) dan menjaga Bilik Gerakan Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Terengganu.

Kini beliau menghadapi tugas maha berat untuk membantu PAS merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Harapan tinggi diletakkan keatas batu jemalanya untuk memberikan input dan data kepada jentera kempen PAS. Saya yakin beliau mampun melakukan dengan baik.

Insya Allah Ping, sahabat lama anta semasa muda kita dulu akan bersama-sama anta di sana. Ayuh sahabat-sahabat mari kita bantu Ping dan PAS. KAMI DATANG PING.

Takbir.

Comments