PRK KUALA TERENGGANU : MUSTAFA, MAT SABU DAN SYED AZMAN ~ Ref Malaysiakini

Latar belakang bakal-bakal calon PAS yang disimpan di dalam memori otakku.

Dato' Haji Mustafa Ali
Seorang pemimpin paling berpengalaman di dalam PAS. Pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS sejak zaman Dato' Asri. Jawatan tertinggi beliau dalam PAS ialah Naib Presiden. Antara jawatan di dalam kerajaan yang pernah beliau pegang ialah Timbalan Menteri di zaman PAS menyertai kerajaan campuran, beliau menjadi ahli parlimen ketika itu. Pada pilihanraya umum 1999 beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Dungun dan ADUN Pengkalan Berangan. Dilantik sebagai Exco Kanan dalam kerajaan PAS Terengganu 1999-2004.

Berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya, bekas seorang guru yang cukup di kenali di Kuala Terengganu. Sekarang ini tinggal di Taman Purnama, Kuala Ibai yang terletak di Parlimen Kuala Terengganu. Datang dari keluarga yang dikenali dan disegani di Daerah Kuala Terengganu.

Isteri beliau Toh Puan Aminah Muhammad merupakan juga seorang pemimpin dan aktivis Dewan Muslimat PAS. Anak beliau Zakir Anwar adalah sahabat baik saya di zaman belajar dahulu.

Haji Mohamad Sabu

Pemimpin PAS yang paling kental dan berani. Keluar masuk penjara dan lokap adalah rutin hidup beliau. Pernah di tahan di bawah akta zalim ISA. Berasal dari Padang Menora, Tasik Gelugor. Berkelulusan dari ITM dan berkahwin dengan Puan Normah Alwi, Pegawai SIRIM yang juga pendorong kuat kepada beliau.
Mula menjadi Ahli Parlimen sejak dari PRU 1990-2004. Menang di Parlimen Nilam Puri seterusnya Kubang Kerian sehingga PRU 1995 sebelum bertukar ke Parlimen Kuala Kedah pada PRU 1999. Tewas pada PRU 2004 di Parlimen Kuala Kedah akibat perancangan jahat BN yang melakukan persempadan semula kawasan tersebut. Pada pRU 2008, beliau tewas di Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti tipis 685 undi.

Seorang pemidato hebat yang disegani kawan dan lawan. Ketiadaan beliau di parlimen sangat dirasai kerana kepetahan beliau berhujah dan mencelah dengan soalan-soalan yang memukau dan sukar dijawab oleh pihak lawan.

Dr Syed Azman Syed Ahmad An Nawawi

Berkelulusan PhD dalam bidang Sains Politik dari Amerika Syarikat. Bekas aktivis pelajar di AS. Pernah berkhidmat sebagai Pensyarah di 2 buah IPTA sebelum meletakkan jawatan untuk bertanding pada PRU 1999 di Parlimen Kuala Terengganu di mana beliau menang dengan majoriti yang besar.

Pada PRU 2004 beliau tewas di tangan Allahyarham Dato' Razali Ismail di parlimen Kuala Terengganu sebelum bertukar bertanding di DUN Batu Burok pada PRU 2008 dan menang menewaskan Nordiana Shafei.
Bekas Setiausaha Politik Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Isteri beliau Dr Che Noraini Hashim adalah seorang Pensyarah di UIA.

Comments