FATWA : PEROKOK DALAM BAHAYA ~ Ref Malaysiakini

Para perokok yang beragama Islam di negara ini berada dalam zon bahaya jika gesaan sebuah NGO Teras Pengupayaan Melayu (Teras) yang mahukan agar fatwa rokok yang telah diisytiharkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 1995 perlu segera diwartakan oleh setiap kerajaan negeri jika pihak kerajaan benar-benar serius untuk menjaga kesejahteraan rakyat negara ini.

Jika gesaan ini dituruti oleh pihak berwajib maka sudah pasti para perokok dari kalangan ustaz, doktor, guru, professor, nelayan dan sebagai berada dalam dilema samada tunduk atau menentang fatwa tersebut.

Kita tahu bahawa ustaz-ustaz dan tuan guru-tuan guru yang merokok sudah tentu mempunyai hujah masing-masing untuk mempertahankan tabiat buruk mereka.

Malah sahabat-sahabat kita pimpinan jemaah Islam PAS ramai yang masih merokok. Sudah pasti mereka berada dalam keadaan serba salah. Setakat ini kalau tidak silap saya hanya PAS Kelantan sahaja yang mensyaratkan calon-calon pilihanraya mereka mestilah bukan kaki 'bunuh diri' iaitu perokok. PAS Negeri lain tidak mensyaratkan begitu.

Namun pada masa akan datang mungkin PAS Pusat melalui Majlis Syura Ulama' nya mensyaratkan demikian.

Pada pandangan peribadi saya memang merokok adalah suatu tabiat yang sangat tidak baik. Bau, asap, pembaziran semuanya memang tidak sebulu dengan sifat saya. Walaupun semasa belajar dulu saya rock dan rugged tetapi saya tidak pernah cuba untuk merokokkan diri saya. Alhamdulillah. Lagipun keluarga saya khasnya emak saya memang marah sangat kalau anaknya merokok. Namun dalam diam-diam abang saya yang tua sekali, berjaya menerobos 'kawalan ketat' emak saya apabila beliau menjadi satu-satunya wakil tunggal dalam keluarga saya yang merokok.

Hari ini media melaporkan bahawa Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid berkata gejala merokok adalah musibah yang sangat jelas dari pelbagai segi sehingga setiap tahun kira-kira 100,000 orang mati yang dikaitkan dengan penyakit akibat merokok.

Katanya setiap tahun rakyat Malaysia berbelanja RM2 bilion untuk merokok manakala kerajaan pula terpaksa mengeluarkan perbelajaan berbilion ringgit lagi untuk merawat mereka yang menjadi mangsa dari penyakit yang dikait dengan merokok.

Atas sebab itulah beliau menggesa fatwa tersebut diwarta dan dikuatkuasakan.

Comments

kekwa66 said…
hmmmm....baguslah saudara tak merokok...tahniah!!
Anonymous said…
Merokok memnag merbahaya. kebanyakan anak muda melayu merokok ..selepas beberapa lama cuba dadah pula sebab rokok tak cukup 'kick'. Akibatnya tak payahlah dikatakan kita boleh lihat sendiri.
Banyak penyakit akibat'buatan sendiri ' oleh perokok membawa penyakit kronik yang merugikan semua pihak.
Wlauabagai mana pun bukankah lebih baik manusia ini diberi pendidikan dan diberi pilihan cara hidup yang mereka mahu amalkan? Kerana lagi dibuat undang-undang lagilah ada yang nak melawan..