Bukit Katil : Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Melaka, Haji Bakrin Sidek mencabar kerajaan pusat supaya meminda perlembangaan negara bagi membolehkan kerajaan negeri Kelantan mengamalkan undang-undang tersebut di Kelantan.
"Najib tidak perlu mencabar kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud sedangkan dia sendiri faham bahawa sebarang enakmen negeri yang bercanggah dengan perlembagaan negara akan terbatal dengan sendirinya."
"Kerajaan negeri Kelantan sudah lama menunggu 'green light' dari kerajaan pusat malah enakmen hudud Kelantan sudah lama diluluskan oleh DUN Kelantan, malangnya kerajaan pusat tetap berdegil tidak mahu meminda perlembagaan negara" kata Bakrin.
Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas cabaran Najib supaya kerajaan Kelantan melaksanakan hukum Hudud di Kelantan seperti yang disiarkan oleh media cetak hari ini.
Bakrin seterusnya mencabar Najib supaya meminda perlembagaan negara bagi membolehkan kerajaan negeri Kelantan dan negeri lain melaksanakan hukum hudud.
"Tidak perlulah Najib berdolak dalik dan mengungkit isu lama sedangkan rakyat sudah faham dan masak dengan kerenah BN dan Umno yang sememangnya tidak yakin dan tidak percaya dengan hukum Allah"
"Sebab itulah setelah lebih 50 tahun BN memerintah mereka terus meminggirkan hukum Allah seperti hudud, qisas dan takzir. Sebaliknya mereka mengagungkan hukum ciptaan manusia yang diceduk dari undang-undang British yang tidak ada kena mengena dengan Islam."
"Namun setiap kali PAS membangkitkan isu hukum hudud, pemimpin Umno mencabar PAS supaya menjalankan hukum tersebut di Kelantan, sedangkan rakyat faham kerajaan negeri amat terbatas kuasanya, semua enakmen dan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan negara akan terbatal dengan secara automatik" tegas Bakrin yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil.
Comments
Cuba baiki diri kamu sendiri untuk dapat dihormati oleh ornag/ manusia lain. Orang islam juga manusia -mempunyai nilai dan amalan agam sendiri. kalau kamu rasa agama kamu terbaik..silakan. Ikutlah apa gama kamu perintah. jangan nak perkecilkan cara hidup manusia lain.
Inilah punca utama kebencian dan perang dan pengganasan yang berlaku di dunia. tak kira siapa puncanya. Pada asalnya manusia yang terlalu benci dan tamak mengakibatkan selurih dunia musnah!
Kenapa pulak nak cabar Najib
Anwar Ibrahim (Pakatan Rakyat) yang akan memrintah Malaysia
Bila PR memerintah PAS akan laksana hukum HUDUD itu yang NIK AZIZ kata.
Tapi sekarang ni macam mana
HUSAM MUSA kata kalau nak laksana HUDUD mesti dapat PERSETUJUAN DAP & PKR
Apa komen PAS kalau nak laksana HUDUD kena DAP &PKR setuju.
Tak takut pada ALLAH kah!!!!
Kenapa hanya takut pada DAP & PKR