CALON PAS SUDAH DIKETAHUI : PROFESSIONAL DAN BERJIWA RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Calon PAS sudah diketahui. Tetapi tidak diumumkan kepada orang ramai lagi. Beliau merupakan seorang yang professional dan berjiwa rakyat.

Apakah definisi professional? Susah untuk saya nukilkan di sini. Sebab maknanya luas, bukan setakat kelulusan sahaja melayakkan seseorang digelar professional. Tetapi majoriti orangramai bersetuju bahawa seseorang professional ialah Peguam, Engineer, Arkitek, Perunding, Pensyarah dan sebagainya. Manakala dari segi kelulusan mungkin seseorang yang digelar professional sekurang-kurangnya menggenggam Degree, master atau PhD.

Apa pula definisi berjiwa rakyat? Mungkin berjiwa rakyat ditafsirkan sebagai sentiasa mendampingi rakyat dari pelbagai golongan seperti orang susah, orang kaya, orang bandar, orang kampung, pegawai kerajaan, orang tua, anak muda, remaja, wanita dan sebagainya. Maknanya seorang yang berjiwa rakyat ialah orang yang muda didekati, senang untuk bersembang, mesra rakyat, selalu di kedai kopi, masjid, surau, kenduri-kendara, ziarah jenazah, orang sakit, masuk kampung keluar kampung dan sebagainya.

Jadi sesiapa sahaja yang bukan bersifat demikian maka tidak termasuk dalam senarai orang yang bakal dicalonkan.

Susah untuk meneka siapa yang akan dicalonkan kerana semua bakal calon adalah professional dan berjiwa rakyat.

Comments

Anonymous said…
En Sofi,

Saya cuba teka, Dr Sulaiman bin Abdullah, betul ke ? Beliau bekas Adun Ladang zaman pemerintahan PAS dahulu, memang anak Kuala Terengganu tulen...