BUKAN PR RETAK, BN YANG PARAH ~ Ref Malaysiakini

Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata Pakatan pembangkang yang menguasai lima negeri pada pilihan raya umum lalu, bagaikan retak menanti belah ekoran pertentangan dasar parti-parti terbabit semakin jelas dalam pentadbiran.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda itu juga mendakwa bahawa percanggahan ideologi antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu-isu utama kini sudah begitu ketara dan semakin sukar dibendung.

Khairy dilaporkan membuat tuduhan tersebut pada program Wacana Transformasi Politik Malaysia di Balai Islam Lundang di Kota Baharu malam tadi.

Ahli Panel lain yang turut mengambil bahagian pada wacana tersbeut ialah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang juga Exco kerajaan Pas Kelantan dan Pensyarah Fakulti Undang- Undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari.

Bagi saya Khairy bebas untuk membuat tuduhan atau fitnah dan sebagainya kerana beliau memang bebas dari ISA dan OSA, kita semua faham mengapa beliau begitu kebal.

Namun dakwaan dan fitnah Khairy tidak semuanya betul. Buktinya walaupun pelbagai onak, badai dan taufan terpaksa dilalui oleh kelima-lima negeri PR terutama Selangor, Perak dan Pulau Pinang, kerajaan negeri terbabit tetap teguh malah semakin mantap dari sehari ke sehari. Percanggahan dan perbezaan pendapat, cara, stail dan pendekatan mereka sudah tentu berbeza kerana sejak azali kita semua tahu rambut sama hitam otak lain-lain. Namun sehingga ke hari ini jelas terbukti segala keputusan dan pelan tindakan dilaksanakan secara kolektif dan muafakat.

Inilah yang sangat dicemburui oleh BN kerana sejak dari awal mereka menjangkakan kerajaan PR ini tidak akan kekal lama kerana perbezaan ketara antara komponen-komponennya terutama PAS dan DAP.

Namun sangkaan mereka meleset. BN sebenarnya pelik dan hairan dengan kejayaan PR mengenepikan perbezaan pendapat dan bergerak seiring merealisasikan kehendak dan menunaikan janji kepada rakyat.

Sebaliknya sejak akhir-akhir ini parti-parti komponen BN yang sedang dilanda pelbagai masalah dalaman disebabkan pemilihan dan krisis kepimpinan masing-masing.

Comments