SEJARAH LAMA SUKAR UNTUK DIPADAMKAN ~ Ref Malaysiakini

Menantu kesayangan Pak Lah, Khairy Jamaluddin (KJ) berkata bahawa beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno atas kekuatan sendiri tidak menumpang sesiapa.

Bagi saya tidak perlulah KJ menafi atau mengiyakan cakap-cakap orang sekeliling kerana orang kampung semua sudah tahu siapa beliau dari mana asal beliau.

Orang kampung semua sudah tahu di mana budak mentah ini duduk sekarang ini kalau beliau bukan menantu kepala kerajaan 3 beranak ini.

Bukankah semua orang kampung tahu bahawa tidak ada seorang pun berani menentang beliau semasa pemilihan Pergerakan Pemuda yang lalu di mana KJ menang percuma tanpa berlawan untuk jawatan Naib Ketua Pemuda yang disandangnya sekarang.

Sejarah lama sukar dipadamkan. Pada waktu pertandingan Naib Ketua tersebut bukan tiada calon lain yang teringin untuk bertanding merebut jawatan tersebut tetapi semuanya kecut perut kerana bimbang periuk nasi mereka baik dari segi politik maupun perniagaan dicantas oleh KJ dan Dollah yang ketika itu sangat disanjungi dan mempunyai 'imuniti' hebat.

Sebelum menjadi menantu Dollah tidak ada orang yang 'respect' dan kenal kepada budak hingusan bernama KJ ini.

Kali ini budak ini baru tahu langit tinggi atau rendah kerana Pak Mertuanya sudah kehilangan imuniti sehingga sekarang ini tersepit samada ingin mempertahankan jawatan Presiden atau tidak. Andaikata Pak Mertuanya iaitu Imam Hadhari berundur kali ini maka KJ terpaksa bekerja keras untuk memenangi jawatab Ketua Pemuda.

Tapi bagi saya KJ mempunyai kekuatan yang agak hebat dengan duit yang banyak (umpama tidur atas duit). Bukan kita tahu bahawa ahli-ahli Umno memang pelahap dengan duit. Ada duit semua boleh jadi ........

Comments