RAMALAN MELAKA BERAYA DALAM BANJIR TEPAT ~ Ref Malaysiakini

Ramalan Prof Hamirdin bahawa rakyat Melaka akan berhari raya dalam banjir menjadi kenyataan apabila beberapa tempat di kawasan Parlimen Bukit Katil, Kota Melaka dan Jasin ditenggelami air pada Hari Raya Keempat semalam.

Antara tempat yang terlibat ialah Melaka Baru, Kg Musai, Taman Jati, Taman Mas Merah, Peringgit di Parlimen Bukit Katil; Kg Umbai di Parlimen Jasin; Durian Daun di Parlimen Kota Melaka.

Memang sudah dijangkakan banjir akan melanda di kawasan-kawasan terbabit kerana sistem perparitan yang sangat teruk yang langsung tidak dihiraukan oleh kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Setelah kejadian banjir berlaku semalam iaitu untuk kali ke berapa saya pun tidak pasti barulah Ketua Menteri, Mohd Ali Rustam kononnya mengarahkan tender dibuka untuk membaiki sistem perparitan di kawasan yang terlibat. Takkan baru sekarang Mohd Ali sedar, sedangkan kawasan terbabit telah lama dilihat berpotensi untuk dilanda banjir ataupun sesetengah sudah puluhan kali dilanda banjir.

Tidak masalahnya apabila kerajaan negeri tidak peka kepada masalah rakyat.

Saya cadangkan kalau BN sudah jemu memerintah dan tidak mampu lagi untuk menguruskan kebajikan rakyat di negeri ini sila bubarkan dewan dan beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri Melaka. Insya Allah kita akan memerintah jauh lebih baik dari BN yang sedang menanggung hutang lebih dari RM1 bilion kepada kerajaan pusat.

Comments