PAK LAH TIDAK TUNAI JANJI - DR M ~ Ref Malaysiakini

Dr Mahathir sekali lagi mendakwa Pak Lah adalah seorang pemimpin yang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah menunaikan janjinya.

Mstar di dalam laporannya hari ini menyiarkan dakwaan Mahathir tersebut.

"Saya dapati Pak Lah ini suka berdolak-dalih. Selagi beliau belum buat pengumuman, saya tak percaya.

"Macam-macam beliau janji, semuanya beliau tak tunaikan janji," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas samada Dollah akan berundur atau tidak.

Kata-kata Dr Mahathir ini membuktikan bahawa Pak Lah adalah seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai lagi. Janji tidak ditepati, bercakap suka berbohong.

Comments