PAK LAH BELUM UNDUR : KHAIRY DAH TERASA BAHANGNYA ~ Ref Malaysiakini

Pak Lah belumpun berundur, hanya mengumumkan untuk berhenti Mac 2009, tetapi menantunya Khairy Jamaluddin (KJ) sudah pun terasa bahangnya.

Ini terbukti apabila KJ tertinggal jauh dari bilangan pencalonan dari Bahagian-bahagian Pemuda seluruh negara apabila setakat ini hanya memperolehi 14 pencalonan berbanding Mukhriz Mahathir yang melonjak kepada 29 pencalonan.

Anka ini membuktikan bahawa selama ini sokongan, sanjungan dan bodekan kepada KJ hanyalah kerana bapa mertuanya adalah Perdana Menteri.

Walaupun KJ berulang-ulang kali melaungkan bahawa beliau bertanding atas kekuatan sendiri namun angka ini menjawab semua dakwaan dan pengakuan KJ. Kini beliau betul-betul rimas dengan keputusan yang dibuat oleh pemuda-pemuda bahagian.

Lebih malang lagi 2 bahagian dari Negeri Sembilan yang telah mengadakan mesyuarat pun menolak KJ hendak mencalonkan Mukhriz. 2 Bahagian tersebut ialah Jelebu dan Jempol. Kalau oghang negoghi pun tolak, orang lain sudah pasti meluat.

Inilah hakikat yang patut direnungi oleh KJ dalam meneruskan karier politiknya. Memang tepatlah ramalan kita sebelum ini bahawa KJ melonjak naik dalam kepimpinan pemuda kerana ahli pemuda Umno takutkan bayang-bayang Pak Lah. Malah jika KJ bukan menantu Pak Lah sudah tentu beliau tergolek pada pemilihan yang lalu. Tetapi kerana takutkan Pak Lah calon-calon yang ingin menentang beliau menarik diri.

Kini semua orang sudah tidak takut lagi untuk menentang KJ kerana 'lembaga' yang menghatui mereka selama ini sudah ghaib dan tidak ujud lagi. Mereka bebas untuk menyatakan sokongan kepada sesiapa sahaja.

Sekarang ini baru KJ tahu langit tinggi atau rendah.

Sementara itu kedudukan pencalonan untuk pemuda setakat ini adalah seperti di bawah :-

Comments