DR M JUGA RAMAL PAK LAH TAK UNDUR ~ Ref Malaysiakini

Saya memang menjangkakan Pak Lah tidak akan berundur dengan begitu cepat. Setidak-tidaknya beliau kepingin untuk memimpin BN untuk sekali lagi Pilihanraya Umum iaitu PRU ke 13.

Bukan apa beliau sudah tentu ingin memastikan 'Dinasti'nya dalam politik dan perniagaan benar-benar kukuh barulah boleh berpuashati jika mahu berundur sekalipun. Kedudukan orang kuat kerajaan 3 beranak masih belum kukuh. Kamaluddin anak lelaki kesayangan beliau pun masih belum menjadi orang terkaya di Asia. Masakan beliau ingin berundur. Bukankah antara niat orang Umno berjuang dalam Umno ialah untuk kuasa, pangkat dan kekayaan. Maka selagi belum dapat itu semua belum tentu seseorang itu ingin berundur.

Sebab itulah saya yakin beliau tidak akan berundur.

Nampaknya pendapat saya ini kebetulan sama dengan pendapat Dr Mahathir. Hari ini Mahathir berkata di dalam media bahawa Pak Lah ini suka berdolak-dalih.

Kata Mahathir, selagi beliau(Pak Lah) belum buat pengumuman, saya tak percaya.

"Macam-macam beliau janji, semuanya beliau tak tunaikan janji," katanya.

Kenyataan Mahathir ini jelas membuktikan bahawa Mahathir beranggapan bahawa Pak Lah kemungkinan besar tidak akan berundur.

Comments