DOLLAH BERJANJI LAGI, JANJI LAMA BELUM DITUNAIKAN ~ Ref Malaysiakini

Salah satu hobi Perdana Menteri Dollah Badawi ialah berjanji dengan seribu macam bentuk janji manis. Antara janji manis beliau sehingga memukau orang Umno yang tidak berapa cerdik ialah memastikan gejala rasuah dibasmi. Tetapi sehingga kini rasuah semakin teruk dan membarah. Indeks persepsi rasuah (CPI) terus merudum, rakyat semakin tertekan dengan harga barangan semakin meningkat dan indeks jenayah yang terus membimbangkan.

Semalam Dollah berjanji lagi, katanya beliau akan menunaikan semua janjinya selama ini sebelum berundur daripada kerajaan.

Perdana Menteri berkata, reformasi badan kehakiman umpamanya akan tetap diteruskan walaupun bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah meletakkan jawatan.

Sudah berapa lama beliau bercakap pasal reformasi undang-undang tetapi 'habok pun tarak', sampai menteri berkenaan pun letak jawatan.

Beliau membuat janji demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) BioMalaysia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur hari ini.

Sikap suka berjanji tetapi jarang sekali ditunaikan inilah yang menyebabkan BN ditolak rakyat pada pilihanraya umum lalu sehingga tewas di 5 negeri dan hilang majoriti 2/3 di parlimen.

Malah Dr Mahathir sendiri semalam sekali menempelak Dollah dengan menyatakan bahawa Pak Lah tidak pernah menunaikan janji yang dibuatnya.

Alahai Pak Lah lebih baik engkau berhenti serta merta sebelum ditertawakan oleh ahli Umno dan sekelian rakyat.

Comments