Ramai teman-teman saya yang tidak sabar-sabar untuk menunggu fajar menyinsing esok semata-mata untuk mendengar sidang media Anwar yang bakal diadakan esok.
Saya berkata pada mereka tidak lari gunung di kejar, Insya Allah kita akan sampai ke destinasi yang dituju bersama-sama pemimpin yang kita sanjungi dan hormati.
Malam tadi pun Anwar sudahpun menggariskan beberapa langkah yang akan diambil untuk meneruskan kemaraan PR. Saya ringkaskan step-step yang akan diikuti oleh PR bagi menduduki Putra Jaya.
1) Mendapat kepastian bahawa sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen berhijrah masuk PR
2) Mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan proses peralihan kuasa dengan aman, licin dan teratur.
3) Mengadap Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong menyembahkan situasi sebenar selepas PR mendapat majoriti sokongan ahli-ahli parlimen.
4) Perdana Menteri meletakkan jawatan.
5) Mendapat perkenan Tuanku Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong untuk
membentuk kerajaan.
Ini adalah step-step yang saya fikirkan mungkin ada lagi step lain yang berkait dengan perundangan dan teknikal. Insya Allah akan dijelaskan esok.
Selamat Beristirehat dan Bersahur. Semoga Tidur dengan nyenyak kerana esok perjuangan akan diteruskan.

Comments