TAHAN AHMAD DI BAWAH ISA TIDAK SELESAI MASALAH ~ Ref Malaysiakini

Saranan Wanita Gerakan supaya Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail ditahan di bawah ISA tidak akan menyelesaikan masalah. Ini kerana penahanan tersebut sudah tentu tidak akan memberi kesan kepada pemimpin dan ahli Umno kerana mereka-mereka ini menyangka bahawa Umno boleh membuat apa sahaja kerana sangkaan mereka Umno adalah kerajaan dan Kerajaan adalah Umno.

Umno juga sudah tentu tidak akan berubah 'aqidah perjuangannya' kerana semangat perkauman itu sendiri adalah matlamat perjuangan mereka. Jadi walaupun mungkin Ahmad di tahan namun akan ada lagi orang Umno lain yang akan membuat kenyataan yang sama sebagai senjata untuk membakar semangat orang Melayu supaya menyokong Umno walaupun ianya mungkin menyinggung perasaan orang Bukan Melayu.

Oleh itu ISA bukan penyelesaiannya malah penggunaan ISA sendiri sudah tentu mengundang impak negatif kerana ISA digunakan untuk tujuan politik.

Adakah Wanita Gerakan setuju dan redha dengan Akta Zalim ISA yang menahan orang tanpa bicara sedangkan sebelum ini ada pimpinan Gerakan yang menentang ISA.

Bagi saya ISA tetap akta zalim dan tidak sewajarnya dikenakan kepada sesiapa sahaja walau sebesar mana dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang dikatakan bersalah.

Jangan kita mengeruhkan lagi suasana yang sudah sedia keruh. Banyak lagi akta lain yang boleh digunakan oleh Polis untuk mendakwa Jagoan Tengik Melayu Pulau Pinang ini. Kita ada Akta Hasutan dan sebagainya yang sudah cukup untuk mendakwa Ahmad di Mahkamah.

Masalahnya sekarang ialah sanggup Umno dan Pak Lah membiarkan orang kuatnya ini disiasat dan dihadapkan ke mahkamah jika benar beliau bersalah. Bagi saya yakin Ahmad akan dilepaskan dengan aman tanpa sebarang pendakwaan di Mahkamah. Paling hebat pun kemungkinan Ahmad diberi amaran oleh Umno atau kemungkinan diberi surat tunjuk sebab yang tidak ada apa ertinya. Ibarat kata orang Pulau Pinang 'TAK GUNA SEDUIT'.

Comments

Aapai said…
sebenarnya orang cina malaysia ini buta sejarah,masa darurat dahulu berapa banyak perajurit melayu yang terkorban melawan pengganas komunis yang berbangsa cina kononnya nak menegakkan fahaman komunis,ini pun orang melayu malaysia ta faham..bodohnya melayu.
Kerajaan Rakyat said…
Salam,

UMNO bakal menjadi sejarah pilu
masyarakat Malaysia.

Kuburkan UMNO. Kuburkan BN. Takbir..

http://www.kerajaanrakyat.com/