Mungkinkah Anwar akan membuat pengumuman penting hari ini tentang status terkini pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat yang dijadualkan pada 16 September ini.
Selepas bertemu selama hampir tiga jam di ibu negara malam tadi, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan perbincangan mereka pagi ini.
Pertemuan hari ini bermula sebentar tadi juga dilihat memfokus soal pembentukan kerajaan persekutuan.
Ketika hanya tinggal seminggu sahaja untuk membuktikan sama ada sasaran 16 September akan menjadi kenyataan ataupun sebaliknya, Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan informal malam tadi bagi membincangkan kemajuan siri perundingan yang telah diadakan setakat ini.
mStar Online difahamkan pertemuan itu yang dipengerusikan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pulang dari Jakarta petang tadi, hanya memfokus terhadap pelan pembentukan kerajaan persekutuan 16 September dengan membawa masuk ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
"Perbincangan pertemuan informal ini hanya memfokus satu topik iaitu menerangkan hasil perbincangan dan perundingan yang telah diadakan sejak dua minggu yang lalu. Kita telah berkongsi hasil perundingan dengan ahli-ahli Parlimen BN setakat ini.
"Perbincangan adalah positif dan semua perancangan berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang," kata sumber itu kepada mStar Online sebentar tadi.
Pertemuan itu yang berlangsung lebih dua jam di kediaman Anwar di Bukit Segambt berakhir kira-kira 12.30 tengah malam tadi.
Kesemua pemimpin kanan komponen Pakatan Rakyat hadir kecuali Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sumber itu juga menambah, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat khas susulan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kuala Lumpur pagi ini (Isnin).
Mungkinkah satu pengumuman penting akan diadakan oleh Anwar selepas pertemuan penting ini? Kita tunggu dan lihat.
Namun rakyat sebenarnya sudah tidak sabar untuk mendengar dan mendapat maklumat terkini dari Anwar. Majoriti rakyat sudah tidak sabar untuk mendapat sebuah kerajaan baru yang telus, bersih dan berkebajikan.
Rakyat sudah muak dan mual dengan tindak tanduk kerajaan BN yang jelas gagal menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Comments