19 September 2008

PAK LAH TIADA PILIHAN? ~ Ref Malaysiakini

Hari ini Pakatan Rakyat melangkah setapak lagi. Setelah Pak Lah menolak proses pertemuan peralihan kuasa melalui perbincangan, maka PR mengemukakan cadangan agar diadakan sidang parlimen tergempar. Tujuannya satu, membincangkan undi tidak percaya kepada PM.

Parlimen adalah medan terbaik memperbetulkan kekusutan politik. BN boleh membuktikan mereka masih punya Majoriti atau PR juga boleh membuktikan mereka telah berjaya memperoleh majoriti.

Walaupun ditolak Pak Lah, namun yang pasti Pakatan Rakyat tetap telah menunjukkan jalan demokrasi dan kepatuhan kepada perlembagaan. Proses peralihan kuasa mesti dibuat berlandaskan undang-undang negara.

Langkah yang ditunjukkan Pakatan cukup menarik, dari satu episod kepada satu episod. 13 Oktober parlimen akan bersidang semula. Apakah peralihan kuasa mencecah tarikh tersebut, atau Pak Lah terpaksa tunduk kepada kehendak Rakyat sebelum tarikh tersebut.

Ramadhan kali ini benar-benar menguji kesabaran kita. Kalau 50 tahun kita boleh bersabar, inikan pula seminggu, sebulan ataupun setahun. Kesabaran akan jadi penentu samada kita berjaya ataupun gagal.

Pak Lah sudah tidak punya banyak pilihan. PR menuntut peralihan kuasa, UMNO dan BN juga menuntut peralihan kuasa. Terpulang kepada Pak Lah untuk memilih diantara kuasa, keluarga atau kepentingan Rakyat.

Blog : Adly Zahari

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter