PAK LAH TUKAR JAWATAN DENGAN NAJIB, LANGKAH PUJUK NAJIB ~ Ref Malaysiakini

Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Abdullah Badawi hari ini mengumumkan bahawa Timbalannya, Najib dilantik menggantikannya untuk jawatan Menteri Kewangan berkuatkuasa serta merta.

Pak Lah pula mengambilalih Kementerian Pertahanan.(Kawan saya seorang Cina berseloroh - habislah negara kita lepas ini sebab Pak Lah pegang Menteri Pertahanan dia tak sedar (asyik tidur) kalau ada negara lain usik negara kita).

Abdullah yang juga presiden Umno berkata, beliau mungkin bersara lebih awal daripada tahun 2010 bergantung kepada prestasi Najib.

Apa muslihat Pak Lah tiba-tiba membuat keputusan tersebut tergesa-gesa. Mungkin ini sebahagian dari PELAN MEMUJUK Najib supaya tidak menentang Pak Lah pada Pemilihan Umno Disember ini.

Najib dan akar umbi Umno yang bertali arus mengkritik pelan peralihan 2010 ciptaan Pak Lah dilihat kendur selepas pertemuan 4 mata Pak Lah-Najib 2 hari lepas. Mungkin 'habuan' jawatan Menteri Kewangan ini adalah taruhan Pak Lah untuk memujuk Najib dan ahli-ahli akar umbi supaya tidak mempersoalkan pelan peralihan yang dilihat sebagai satu usaha untuk menyelamatkan nyawa kerajaan 3 beranak yang kelihatan seperti nyawa-nyawa ikan.

Mungkin juga penyerahan kementerian penting ini kepada Najib melambangkan bahawa Najib mendapat kemenangan moral atau Pak Lah mempunyai strategi lain untuk mematikan terus karier Najib yang dilihat sudah beberapa kali menekan Pak Lah supaya berhenti.

Tindakan Pak Lah ini dilihat merupakan suatu tindakan terburu-buru sedangkan bajet 2009 yang dibentangkannya baru-baru ini belum dibahaskan. Kita tunggu apa langkah Najib seterusnya setelah mendapat kemenangan moral hari ini.

Yang pasti Pak Lah semakin hari semakin 'kurus' memikirkan apa lagi talian hayat yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri dari tekanan PR yang semakin hampir untuk merampas 'takhta'nya di samping risau dengan tindak tanduk anak buahnya sendiri yang semakin nakal membantainya dalam isu pelan peralihan kuasa 2010.

Comments