PAK LAH PERASAN DIRINYA HEBAT ~ Ref Malaysiakini

Pak Lah masih sayangkan jawatannya sebagai Perdana Menteri mengapa? Saya pasti beliau perasan yang dirinya hebat dan gagah untuk mengatasi semua kemelut dalaman dan luaran parti juga perasan yang dia mampu menyelesaikan semua masalah dalam negara sekarang?

Oleh sebab itu acapkali bila ditanya mengapa pelan peralihan kuasa tersebut begitu panjang iaitu sehingga 2010, Pak Lah seingkali mengangkat dirinya menyatakan masih banyak kerja beliau kena selesaikan (mungkin beliau bermaksud bahawa hanya dia seorang boleh selesaikan).

Inilah masalah apabila seseorang ketua atau 'boss' perasan dia hebat dan tiada orang lain boleh selesaikan masalah. Maka kerana itu dia nak turun 'takhta' sedangkan semua rakyat dan pemimpin politik meluat dan muak dengan kelemahan dan kelembapan beliau memerintah.

Sampai bilalah agaknya beliau akan sedar tentang kegagalan dan kelemahan beliau. Walaupun dinasihat, dikritik, dihentam bertubi-tubi Pak Lah masih tidak mahu berundur malah seolah-olah tidak dengar dan tidak tahu akan adanya teguran dari segenap pemimpin politik kawan, lawan, bekas bossnya dan lain-lain.

Malang sungguh rakyat Malaysia mempunyai pemimpin yang berjiwa kecil seperti ini yang hatinya kering tidak mahu faham kehendak rakyat dan orang ramai.

Apa lagi yang boleh dilakukan untuk menyedarkan beliau. Dr Mahathir, Ku Li, Najib dan Muhyiddin cuba untuk meminta beliau berhenti serta merta namun semuanya 'tak jalan'.

Jadi saya yakin inilah masanya bagi Pakatan Rakyat dan majoriti rakyat membuat perancangan dan gerakan untuk menyedarkan beliau. Apa yang penting cara dan 'move' yang hendak dibuat mestilah mengikut peraturan dan undang-undang negara.

Comments