MAHATHIR MEMBEDIL PAK LAH LAGI ~ Ref Malaysiakini

Pak Lah terus 'dibedil' Dr Mahathir (Dr M) umpama umat Palestine di bedil Yahudi tiada berkesudahan. 'Bedilan-bedilan' dengan 'meriam katak' atau 'meriam tercanggih' Dr M ini gagal dibalas oleh Pak Lah.

Semalam Dr M 'membedil' Pak Lah lagi dengan mendakwa bahawa pertukaran jawatan Pak Lah kepada Najib menunjukkan satu pengakuan yang Pak Lah tidak boleh menguruskan Kementerian Kewangan. Malah Dr M 'membedil' Pak Lah dengan 'meriam lebih besar' dengan meng'kondem'kan Pak Lah dengan menyatakan selama ini pun ia (kementerian kewangan) diuruskan oleh (Menteri Kewangan kedua), Nor Mohamed Yakcop.

Dr M seterusnya membedil lagi dengan berkata bahawa Najib akan disalahkan jika beliau tidak menguruskan ekonomi dengan baik.

'Bedilan' Dr M ini dibuat dari pengkalannya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya malam tadi. (siang malam Dr M membedil Pak Lah).

Mengapa Dr M tak kesiankan Pak Lah? Di saat Pak Lah diserang dari segenap penjuru Dr M terus membedil tak sudah-sudah. Pucat lesi muka Pak Lah dibedil 'darah' pun sudah kering........bilalah agaknya 'peluru' Meriam Dr M ini akan habis.

Meriam Dr M ini tidak hanya dihalakan kepada Anwar tetapi sebenarnya lebih banyak dihalakan kepada Pak Lah.

Bila saya renungkan 'bedilan-bedilan' Pak Lah ini terasa logik dan benar juga'point-point' yang dikemukakan oleh Dr M. Memang ekonomi Malaysia menjunam teruk sejak Pak Lah mengemudikan kementerian kewangan, indeks BSKL menjunam tak sudah-sudah, pelaburan asing makin menguncup, pelabur lari lari pukang dari negara kita.

Betullah saranan Dr M supaya Pak Lah berundur dengan serta merta. Namun penggantinya mestilah orang yang tidak sekapal dan sefikrah dengan Pak Lah kerana jika demikian saya yakin negara tidak akan berubah. Seperti pendapat Mufti Perlis yang menyatakan jangan nanti pengganti Pak Lah lebih teruk darinya....apa yang saya kalau Najib menggantikan Pak Lah negara akan lebih punah dan hancur.

Habis tu siapa pengganti paling sesuai......saudara tanya saya? Saudara sudah pasti tahu jawapan saya ........

Comments